5 Langkah Alami Atasi Masalah Rambut
Siapa kata wanita bertudung tidak perlu menjaga kecantikan
rambut? Sebenarnya wanita bertudunglah yang perlu membuat penjagaan rapi
bagi mahkota wanita ini kerana jika rambut tidak mendapat penjagaan yang
secukupnya ia akan terdedah kepada kerosakan rambut seperti kelemumur,
rambut bercabang/berbuah, berminyak/kering dan lain-lain lagi.
Di sini kami kongsikan 5 langkah semulajadi untuk mengatasi
masalah rambut.
Rambut Kelemumur - Aspirin
Aspirin adalah ubat yang mengandungi asid Salisik yang
digunakan dalam kebanyakan syampu anti kelemumur.
Caranya : Hancurkan 3 tablet aspirin hingga menjadi serbuk.
Campurkan bersama syampu yang anda gunakan untuk mencuci rambut dan biarkan
sekurang-kurangnya dua minit sebelum bilas rambut anda dengan air.
Rambut Kering - Pisang
Pisang kaya dengan Potassium boleh dijadikan sebagai mask
rambut.
Caranya : Kisar sebiji pisang bersama dengan madu. Lumurkan
pada rambut dan bakut kepala anda dengan menggunakan topi mandi. Biarkan
selama 15-20 minit dan kemudian bilas rambut anda.
Kulit Kepala Berminyak - OAT
Oat bukan sahaja memberi kelembapan pada kulit malah ia
berfungsi untuk menyerap minyak yang terdapat di kulit kepala selain membantu
mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
Caranya : Panaskan oat mengikut sukatan yang diperlukan
dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, ramas oat tersebut di kepala dan bilas
hingga bersih.
Melebatkan Rambut- Bawang
Bawang selain merupakan bahan penting dalam masakan, ia
sangat kaya dengan sulfur yang dapat membantu meningkatkan penghasilan
tisu kolegen.
Caranya. : Acincang halus bawang merah dan bawang besar.
Ambil air daripada bawang itu. Ratakan pada kulit kepala dan biarkan selama
15 minit. Cuci rambut seperti biasa menggunakan syampu.
Gatal Kulit Kepala - Minyak Zaitun dan Lemon
Minyak zaitun dan lemon dapat mengurangkan masalah kegatalan
kulit kepala.
Caranya : Campurkan dua sudu jus lemon, minyak zaitun dan
air. Lumurkan pada kulit kepala.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment