Wednesday, July 13, 2011

MEMBENTUK TABIAT MAKAN

Salam,

Kali nie posting mama mengenai kesihatan. Kebanyakan anak yang sedang membesar memang berselera makan.........


Ini mungkin menggembirakan hati kita sebagai ibubapa. Sungguhpun begitu, beberapa perkara mengenai tabiat makan perlu kita ambil dan diberi perhatian; bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga kesihatan mereka.



Anda tentu tidak mahu anak-anak kita mengalami masalah obesiti dan kesihatan lain yang mempunyai kaitan dengan makanan akibat tabiat makan mereka tidak dikawal.



Antara yang boleh kita lakukan:

1. Melatih anak untuk makan perlahan-lahan, tidak gelojoh dan bersopan di meja makan.

2. Membiasakan anak dengan waktu makan yang betul, dan tidak makan pada waktu yang tidak sepatutnya. Contohnya pada tengah malam.

4. Perkenalkan anak kepada makanan yang berzat dan sihat. Terangkan  mengapa mereka perlu mengambil sesetengah makanan lebih berbanding yang lain. Anak-anak juga perlu tahu mengapa mereka perlu mengelak sesetengah makanan dan minuman.

3.   
Ingatkan anak-anak agar jangan makan terlalu banyak kerana jika terlalu kenyang, mereka mungkin akan memuntahkan kembali apa yang dimakan.



 
Lemak dan manis; memang digemari ramai, tetapi jika diambil berlebihan adakah makanan ini sihat?


Dalam penyediaan makanan anak pula, kita perlu memerhatikan beberapa perkara:

1. Makanan berlemak
Pengambilan lemak dalam kuantiti yang tidak dikawal bukan hanya boleh menyebabkan si kecil mengalami sakit perut, cirit-birit dan sembelit, tetapi juga masalah obesiti.  Contohnya makanan berkeju, mentega, susu penuh krim yang digemari kanak-kanak. Selain itu daging merah dan makanan bersantan juga perlu dikawal pengambilannya kerana mengandungi lemak.

2. Makanan manis dan masin
Kanak-kanak mmg suka makanan dan minuman yg manis, tetapi jika terlalu banyak boleh menjejaskan kesihatan gigi dan lebih menakutkan diabetes. Bentuk tabiat pengambilan gula yang sihat sejak anak masih kecil, dengan melatih mereka mengambil makanan dan minuman yang kurang manis. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi garam, pengambilan bahan perasa ini juga perlu dikawal.

Okler... berjumpa di lain kali!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!