Friday, July 1, 2011

MARI BERDIET!!


Salam pagi Jumaat!!!!
Tk ada yg menarik... sekadar berkongsi ilmu yg mama terbaca dlm website... Selamat membaca!!!!

Berapa Banyak Karbohidrat Yang Anda Perlukan?
 
Hampir setengah tenaga yang anda perlukan dihasilkan oleh Karbohidrat. Jadi anda perlu mengambi banyak karbohidrat. Tertapi tidak semua karbohidrat menyumbangkan khasiat yang sama. Bagi karbohidrat mudah (gula atau makanan bergula yang siap diproses), anda hanya memperuntukkan tidak lebih dari 11% di dalam diet harian anda.

Mengambil terlalu banyak Karbohidrat akan menyebabkan kenaikan berat badan. Ini  disebabkan lebihan tenaga yang dihasilkan daripada makan berkarbohidrat tadi akan disimpan di dalam tubuh menjadi lemak. Sebab itu, berat tubuh anda akan menjadi cepat meningkat apabila anda kerap mengambil makanan Karbohidrat ini dengan banyak.

Walau bagaimana pun kandungan untuk setiap gram makanan jenis karbohidrat ini mengandung jumlah kalori yang kurang jika dibandingkan dengan makanan daripada sumber lemak, protein dan alkohol:
  • 1 gram Karbohidrat = 3.75 kalori
  • 1 gram Protein = 4 kalori
  • 1 gram Lemak = 9 kalori
  • 1 gram Alkohol = 7 kalori
Hadkan pengambilan makanan terutamanya daripada karbohidrat mudah kerana ia menyumbang kepada peningkatan gula di dalam tubuh anda. Selain itu, disebabkan karbohidrat ini dapat membekalkan tenaga lebih mudah jika dibandingkan dengan Protein, maka anda perlu mengambilnya dua kali ganda daripada protein di dalam menu anda.

Amalkan juga pengambilan roti ‘mil penuh’ yang diperbuat daripada gandum (wholegrain) sepenuhnya kerana ia diperkaya dengan kandungan serat. Ini akan membuatkan anda berasa kurang lapar serta dapat mengawal keinginan makan anda.

Pada jadual di bawah ini, memaparkan kandungan karbohidrat dan kalori di dalam nasi, produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Nota: Kesemua makanan di atas adalah makanan masak (kosong – tidak dicampur bahan-bahan lain) dan cawan sukatan yang digunakan adalah cawan 200 ml.


Jika anda perhatikan Gambarajah Piramid Makanan di sebelah ini, Karbohidrat merupakan sumber utama pemakanan anda. Walau pun begitu, bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan mereka perlu mengurangkan pengambilan makanan jenis Karbohidrat ini terutamanya nasi daripada menu harian.

Ini kerana pengambilan Karbohidrat di dalam jumlah yang banyak dan berlebihan akan menyebabkan ia ditukar ke dalam bentuk lemak bagi digunakan oleh tubuh. Sebab itu, pengambilan makanan Karbohidrat ini perlu dikurangkan di dalam menu diet anda. Jika anda tidak biasa jika ‘tidak makan nasi’ dalam sehari, anda boleh cuba untuk mengurangkannya. Mungkin 1/2 pinggan sahaja dan selebihnya penuhkan dengan lauk dan ulam/sayuran. Jangan sesekali memaksa diri anda bagi melakukan diet
 Credit to sihatcyber.com

byeeeeeeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!