Tuesday, September 11, 2012

Cerita Hari Selasa!!! Panas & Sensasi


Salam pagi selasa.... opsss hari nie 11 sept 2012? wahhhh ada yg teringat tak kes 11 Sept nie 12 tahun lepas... alah kes WTC runtuh tu.. hehehehe....ok2 lupakan cerita tu.. wat apa nk diingatkan kes luar negara...

jom mama cerita panas lagi sensasi di tanahair kita...lama gak mama tk membaca blog2 hiburan nie..
agak sibuk sket lagipun mama tgh puasa tk ada mood nk baca2 gosip nie.. muhaaa..

pagi nie mama pun amek peluang seaching blog2 hiburan... almaklum ler bos tk ada pgi nie... ada masa ler nk berbloging heheheheh...

Fasha Sandha Alah Ubat Gigi...



Alhamdullilah... usia kandungan Fasha sudah melewati 3 bulan.... tgk foto atas tu, nampak dia sihat dan ceria ajer... perut pun dh nampak buncit sket.. comel gitu... hehehe... melalui blog MURAI.com.... fasha dikatakan alah pada ubat gigi.. eh macam mama gak ler.. masa preggy mama mmg bercinta nk gosok gigi, tapi nk tk nk kena gak gosok gigi kan...camtu gak ler Fasha, tk selesa kalu tk gosok gigi, bgn pagi mesti perkara pertama dibuat adalah gosok gigi... mmg muntah teruk ler kan... fasha juga ada menyatakan yg dia juga skang mudah kepenatan dan perlukan rehat secukupnya walaupun sudah tidur cukup 8 jam..sian dia kan... apa boleh buat dh itu pembawakan ibu mengandung... lain org lain caranya.... kalu nk tahu cerita selanjutnya boleh ler pie SINI yea...


Anne Ngasri & Aliff Aziz

Gambar: Darling Nasihat Terus Berkawan, Aliff Aziz Rancang Kahwin Disember

Wah pasangan nie dh asyik mabuk cinta kut? Dh tk segan silu berpegangngan tangan amek gambar skang nie... mama plak rasa malu, mana taknya anne ngasri yg manis dan cantik bertudung boleh amek gmbr mesra begitu dgn Aliff Aziz? emmmm dh tk kenal halal dan haram ker nie... huihhhh maaf yea... mama just menegur ajer.... nk tahu cerita lanjut dan gmbr yg byk lagi leh pie ker ROTIKAYA.com yea... huhu 


Nadiya Nisaa - Heroin Adam & Hawa (Ain Hawani)

Mama suka dgn nadiya nie.... dia tk la secantik Erra Fazira.. tetapi sgt sweet dan ayu ajer wajahnya... tak puas memandang ler org kata.. huhu... terutama bila dia senyum terserlah lesung pipitnya... yg menyerikan lagi wajahnya tu ialah tahi lalat di tepi dagu belah kanan... mmg manis bangat.... mama minat dh dgn dia.... sblum nie mama pernah tgk nadiya nie berlakon dlm filem Cun... mmg watak yg dia bawa amat berkesan skali... skang nie drama lakonan dia sdg hangat dipasaran iaitu Adam & Hawa.... mgk ramai wanita sana tgk cerita tu sbb ada Aaron Aziz... tipu ler mama kata tk suka aaron kan... tp mama lg lebih berminat nk tgk nadiya nisa... suka tgk senyuman dan cara dia bercakap... ayu sesgt la... hehehehe....  opss pjg plak mukadimah untuk nadiya nie... mama just nk share statement yg dibuat oleh nadiya di satu laman blog hiburan OH BULAN.com... "Saya Takut, Peminat Aaron Memang Fanatik”... ramai peminat aaron yg tidak berkenan atau suka nadiya dijadikan heroin dlm drama tersebut, tp bagi mama nadiya tetap ada daya penarik tersendiri sehingga beliau diangkat dan diberi  tanggungjawab membawakan watak Ain Hawani.  nk tahu selanjutnya klik SINI yea..

setakat ini shj cerita dari Bilik Berita SweetMama.. muhaaa

adiosssss

Monday, September 10, 2012

Drama Adam & Hawa - Episod 9 -12

Salam... sejak mama perasan yg sinopsis citer nie dh lari sket.. so mama just postkan sinopsis tuk seminggu sekali... so tak ler kelam kabut kan.. hehehehe

Selamat menonton.. huhu

Sinopsis Episod Akan datang

Kak Rubi meminta Ain membantunya menghantar barang kepunyaan Kak Zah di rumah. Ain berat hati kerana dia tak nak langsung bersemuka dengan Adam. Ain berbelah bagi antara kerja dan peribadinya…buntu Ain..!
Ketika Ain sampai dipintu belakang rumah Kak Zah..tak berkunci..Ain masuk kerana pasti Adam tiada di rumah seperti yang diberitahu..

Kemunculan Adam mengejutkan Ain. Tak sempat menjelaskannya kelihatan beberapa lelaki kupiah masuk ke dalam rumah…Ain dan Adam terus panic...


Ain dan Adam di tuduh berkhalwat.. Terjelepuk Ain dengan keadaan itu. Sedaya upaya mempertahankan kebenaran. Namun hakikatnya hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah ketika itu.

Keadaan makin huru hara bila Adam seolah mengiakan nya. Walaupun pada mulanya juga bercerita keadaan yang sebenar.
Berita panas sampai ke telinga mak lang sekeluarga. Sharina orang pertama yang melenting marahkan Ain dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Kak Zah serba tak kena lebih-lebih lagi bila mamanya tiada di rumah. Tak tahu jalan penyelesaian apa yang harus dibuat.

Dalam kekecohan itu Ain tetap mempertahakan diri..meraung meminta Adam menjelaskan keadaan yang sebenar. Kak Zah juga heran kenapa Adam `diam` dengan insiden tersebut.

Bila semua berkumpul akhirnya Pak lang Ain memaksa mereka dinikah ketika itu juga satu malapetaka bagi Ain kini. Ain tetap berkeras tak mahu untuk bernikah. Pak Lang lakukan semua ni kerana mempertahankan maruah Ain dan keluarganya.

Pernikahan tersebut berlaku tanpa restu Ain. Kawan baik Adam, Zul dan Kak Zah heran dengan keputusan Adam. Yang pasti hanya Adam tahu kenapa dan mengapa…!!

Dee suka bukan main bila plannya untuk kenakan Adam menjadi…tapi yang menjadi isunya Dee tak tahu dengan siapa pasangan khalwat Adam…!!

Thursday, September 6, 2012

Drama Adam & Hawa- Episod 8 @ 6 Sept 2012

Salam.. .. wah smlm Adam Mukhriz sdh marah kan Ain... tp bila dh kuar jalan2 hilang marahnya.... best dialog nie...

"kalau ain rindu kat am peluk ler cik Ted yea"... so cute... i like!!!!!

Jom kita baca sinopsis kesinambungan citer nie mlm nanti... huhu


Sinopsis - Episod 8
Dee bengang terus lalu berlalu dengan dendam pada Ain. Sementara Cikgu Zauyah kecoh hal Ain mula mengatal dengan Adam.

Dee sanggup berjumpa dengan Ain untuk pertahankan haknya. Ain tergamam bila mulut Dee tuduhnya yang bukan-bukan tapi Ain pantas memintas mengatakan bukan dia seorang aje perempuan yang Adam keluar sekarang ni…ramai lagi..!! Dee makin bengang.

Sejak kejadian tu Ain mula jual mahal dengan Adam. Bila berjumpa ada aje `pertengkaran` kecil. Namun Adam suka bila Ain marah begitu…cute..!

Bukan Dee aje yang serang Ain, Cikgu Zauyah dengan mulut lasernya. Ain makin berang melihat kini dirinya jadi bahan gossip di tadika.

Dee bermuka-muka bila dengan Adam supaya Adam terus bersamanya. Adam mula rimas dengan Dee yang over hingga terjadi pergaduhan antara mereka. Dee makin sakit hati..!

Wednesday, September 5, 2012

Drama Adam & Hawa - Episod 7 @ 5 Sept 2012

Salam..
makin lama mama tgk makin tk sabar2 mama nk tahu kesudahannya...
mlm td mama tk dpt tgk yg kul 10pm punya... lamabt smpi umah sbb jln jammed... so mama pun tggu ler siaran ulangannya kul 1am...
nk tgk punya pasal mama tetap tggu ler... sblm tu mama gosok baju kerja hubby mama.... sharp kul 1am.. mama on tv pie ker saluran Mustika HD 134...
yg bestnya dlm sunyi sepi smuanya dh tido, mama boleh buka kuat2 volume nk dgr lebih jelas apa tutur kata adam dan ain tu... huhu sib baik tk ada yg terjaga ... so jom layan sinopsis episod 7 yg akan bersiaran mlm nie... stay tune yea... adiosssss

Sinopsis - Episod 7 @ 5 Sept 2012


Kak Zah cuba cungkil rahsia hati Ain pada Adam. Ain tetap tak berdolak dalih dengan isu cinta dan juga takut kalau Kak Zah dan keluarga pandang serong padanya.

Sharina sepupu Ain selalu bercerita tentang Adam. Perbuatannya tu seolah memberitahu Ain 'jangan kacau Adam'. Ain mula dapatkan rasakaan Teddy bear pemberian Adam tu adalah kepunyaan Adam tetapi Kak Zah tersalah bagi padanya.

Adam makin tertarik pada Ain. Mulanya mengatur plan untuk dapat dekat dengan Ain. Kak Zah yang tahu sangat dengan perangai anaknya selalu nasihat Adam…tapi Adam tetap nak terus 'pancing' Ain.

Sejak peristwa tu..Ain mula segan pada Kak Zah. Sering kali mengelak kalau terserempak. Tapi satu hari Ain terpaksa berdepan dengan Kak Zah. Ain diberi tanggungjawab untuk membantu Adam membeli peralatan sekolah.

Mulanya Ain mengelak tapi atas 'desakan' Kak Zah Ain terpaksa setuju dengan tugas barunya yang terpaksa bersama Adam.

Ain rasa ini semua plan dari Adam. Ain cari cara membuat rosak plan Adam..Ain dapat idea..!

Ain dapat idea dengan `mengumpan` Sharina mengantikannya untuk membantu Adam. Ain suka bila Sharina sanggup buat apa saja untuk dapat bersama Adam walaupun pada ketika itu Sharina terkena cirit birit. Suka Ain bila plannya menjadi.

Isu Ain akan 'dating' dengan mula tersebar di tadika. Bengangnya cikgu Zauyah bila mengetahuinya.

Adam dengan bersemangat untuk bertemu dengan Ain. Sangka rancangannya Berjaya. Bila sampai di rumah Ain, terkejut Adam bila Sharina yang meluru ke keretanya. Adam bengang tapi tetap control.

Kedatangan Ain awal ke tadika mengejutkan semua. Mereka yang sedang bergossip terkejut. Ain tetap bersahaja..seronok kerana Adam tertipu akhirnya.

Tak berapa lama kemudian kedatangan Adam di tadika mengejutkan Ain. Heran kenapa pulak Sharina tak pergi bersama Adam. Kenapa Adam memaksa Ain mengikutnya?

Ain terpaksa angkur pada Adam. Tapi difikirkan terusan bertanyakan kemana perginya Sharina…apa yang terjadi pada plan nya..?

Tuesday, September 4, 2012

Drama Adam & Hawa Episod 6 @ 4 Sept 2012

Salam...
tk mau citer pjg2... nie sinopsis bagi episod 6.... jumpa Adam Mukhriz & Ain Hawani di Mustika HD 134 mlm nie yea.... comel sesgt depa berdua nie.. i likeeeeee

Sinopsis - Episod 6 @ 4 Sept 2012



Di tadika kakitangan tadika suka melihat kearkbaan Ain dan Adam, pada mereka 'sweet' sangat dan yang makan hati adalah Cikgu Zauyah.

Adam nekad untuk terus terang ada Dee yang dia langsung tak ada hati untuk berkahwin dalam masa terdekat ni. Berbagai alasan yang diberi. Dee tetap dengan kata hatinya dan sanggup tunggu Adam sampai bila-bila pun.

Ketika Adam terbang ke Zurich…Ain dikejutkan dengan pemberian Teddy bear besar dari Adam. Ain serba salah apalagi pemberian tu melalui Kak Zah…naik tebal muka Ain dan pasti Kak Zah sangka yang bukan-bukan.


Selamat menonton!!!!

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Hi....salam pagi selasa... Masih mood raya ker?
mggu nie mama puasa... bkn puasa enam sunat syawal yea..
tp mama puasa ganti (qadha) dulu.. kalu sempat mama wat ler puasa sunat tu...
mesti ramai yg kata knp tak gabungkan sekali puasa qadha dan sunat tu...
selama nie mama mmg tk pernah gabungkan puasa qadha dan sunat..
terang2 yg puasa qdha tu adalah puasa wajib
dan puasa enam syawal tu adalah puasa sunat..
mana boleh kita gabungkan yg wajib dgn sunat...
parah ler kalu boleh gabungkan..
mahu smua perkara wajib kita nk wat sekali dgn perkara sunat
betul tak? hehehe

ok... kali ni since ada kawan opis tanya mama pg nie
pasal puasa qadha dan sunat boleh digabungkan.. .
maka mama pun pie ler ker
cik google.. then seacrh ler...
so dpt ler artikel nie bagi mengukuhkan pemahaman mama kan..
jom kita kongsi ilmu nie... InsyaAllah  demi kebaikan bersama...
-----------------------------------------------------------------------------------

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

  Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…" (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Selamat Hari Raya dan Selamat beramal!!!!

Monday, September 3, 2012

Drama Adam & Hawa- Episod 5 @ 3 Sept 2012

Sinopsis - Episod 5 @ 3 Sept 2012

Cikgu Zauyah yang sakit hati dengan Ain dan Adam sengaja api-apikan lagi Dee…kata-kata sebenarnya lebih melepaskan geram yang terbuku.

Ain cuba control dirinya…yakin dirinya yang dia admire dengan Adam bukan jatuh cinta…Ain sedar diri siapa di mata Adam..apalagi bila dengar-dengar cerita ke `playboy`an Adam.

Gossip Ain dan Adam mula sampai ke telinga Maria dan Kak Zah. Kak Zah sekali sekala cuba melihat reaksi pada Ain bila bercakap tentang Adam.

Mummy Dee datang ke rumah Maria...secara tak langsung untuk 'ikat' hubungan Dee dan Adam. Maria cuba berdalih cara yang paling baik kerana dia tak berkenaan langsung dengan Dee.

Adam mula ada rasa rindu pada Ain ketika dia bertugas ke luar Negara dan Adam membeli teddy bear besar untuk Ain..satu perasaan yang Adam sendiri tak pasti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!