Wednesday, September 5, 2012

Drama Adam & Hawa - Episod 7 @ 5 Sept 2012

Salam..
makin lama mama tgk makin tk sabar2 mama nk tahu kesudahannya...
mlm td mama tk dpt tgk yg kul 10pm punya... lamabt smpi umah sbb jln jammed... so mama pun tggu ler siaran ulangannya kul 1am...
nk tgk punya pasal mama tetap tggu ler... sblm tu mama gosok baju kerja hubby mama.... sharp kul 1am.. mama on tv pie ker saluran Mustika HD 134...
yg bestnya dlm sunyi sepi smuanya dh tido, mama boleh buka kuat2 volume nk dgr lebih jelas apa tutur kata adam dan ain tu... huhu sib baik tk ada yg terjaga ... so jom layan sinopsis episod 7 yg akan bersiaran mlm nie... stay tune yea... adiosssss

Sinopsis - Episod 7 @ 5 Sept 2012


Kak Zah cuba cungkil rahsia hati Ain pada Adam. Ain tetap tak berdolak dalih dengan isu cinta dan juga takut kalau Kak Zah dan keluarga pandang serong padanya.

Sharina sepupu Ain selalu bercerita tentang Adam. Perbuatannya tu seolah memberitahu Ain 'jangan kacau Adam'. Ain mula dapatkan rasakaan Teddy bear pemberian Adam tu adalah kepunyaan Adam tetapi Kak Zah tersalah bagi padanya.

Adam makin tertarik pada Ain. Mulanya mengatur plan untuk dapat dekat dengan Ain. Kak Zah yang tahu sangat dengan perangai anaknya selalu nasihat Adam…tapi Adam tetap nak terus 'pancing' Ain.

Sejak peristwa tu..Ain mula segan pada Kak Zah. Sering kali mengelak kalau terserempak. Tapi satu hari Ain terpaksa berdepan dengan Kak Zah. Ain diberi tanggungjawab untuk membantu Adam membeli peralatan sekolah.

Mulanya Ain mengelak tapi atas 'desakan' Kak Zah Ain terpaksa setuju dengan tugas barunya yang terpaksa bersama Adam.

Ain rasa ini semua plan dari Adam. Ain cari cara membuat rosak plan Adam..Ain dapat idea..!

Ain dapat idea dengan `mengumpan` Sharina mengantikannya untuk membantu Adam. Ain suka bila Sharina sanggup buat apa saja untuk dapat bersama Adam walaupun pada ketika itu Sharina terkena cirit birit. Suka Ain bila plannya menjadi.

Isu Ain akan 'dating' dengan mula tersebar di tadika. Bengangnya cikgu Zauyah bila mengetahuinya.

Adam dengan bersemangat untuk bertemu dengan Ain. Sangka rancangannya Berjaya. Bila sampai di rumah Ain, terkejut Adam bila Sharina yang meluru ke keretanya. Adam bengang tapi tetap control.

Kedatangan Ain awal ke tadika mengejutkan semua. Mereka yang sedang bergossip terkejut. Ain tetap bersahaja..seronok kerana Adam tertipu akhirnya.

Tak berapa lama kemudian kedatangan Adam di tadika mengejutkan Ain. Heran kenapa pulak Sharina tak pergi bersama Adam. Kenapa Adam memaksa Ain mengikutnya?

Ain terpaksa angkur pada Adam. Tapi difikirkan terusan bertanyakan kemana perginya Sharina…apa yang terjadi pada plan nya..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!