Salam... lama sggh mama tk updae blog nie... sibuk sket la dgn tugas2 diopis, di rumah... melayan karenanh anak.. dlll ler... so mama just nk share dgn semua penduduk ... Muhasabah diri, Sucikan hati, bersihkan Jiwa… =)
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu bedebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengankamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang adadi sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidaksuka.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepadafakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dankamu
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasakamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamutahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan kejidan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai didalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yangberiman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat….
No comments:
Post a Comment