Hati Berbisik, Naluri Berbicara Akhirnya Jejariku Menari Meluahkan Rasa... Inilah hakikat hidup didunia perlu tempuhi dan lalui walau pahit untuk diingati tapi ada juga manis untuk dikenangi.Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlanjur kata menyinggung hati anda semasa singah sebentar di blog mama ini.
Tuesday, April 15, 2014
Wednesday, April 9, 2014
Bandung Trip 28hb - 30hb March 2014
Assalamualaikum...
lama sggh mama tak mengupdate blog nie... kebusyan melanda diriku ini... dan yang paling teruk laptop mama skrinnya rosak tk boleh nk view... niepun mama beli tv jer sbg monitor laptop mama.. giler kentang besarnya monitor mama nie.. jelas dan puashati ler melihat kat tv nie... ahakss.
So mama nk citer trip berjimba mama dgn kawan mama ke Bandung hjg bulan lepas.... mama pie berdua jer... plan agak lama gak ler.. rasanya tahun lepas bulan 11 ... mama sentiasa pantau ytiket murah Air Asia ke Bandung nie... tup2 dpt gak ler murah .. tk ler murah mana pun tapi agak berbaloi gak ler.. huhuhu
Nie first tima mama bercuti tanpa suami dan anak2... sblm nie mesti pie dgn depa semua.. tp disebabkan mama nk pie Bandung nie sbb nk shopping so hubby mama pun malas nk follow ler then dia pun bagi green light ler tuk mama pie bercuti bersama kwn opis mama...
Bayangkan kami berdua blum pernah jejak kaki ker Bandung nie... so kami nak selamat kami upah supir tuk bawa kami ke destinasi yg kami ingin pergi semasa di Bandung. So tak ler sesatkannn..
DAY 1 - 28Hb March 2014
Flight kami pagi kul 6.40am... so kul 3.30am mama dah kuar dr umah. Mama guna teksi ex-klik opis mama dulu.... lps tu pie ke rumah kwn mama plak. Lebih kurang 1jam perjalanan kami smpai di LCCT. Ingatkan tk dak org tapi mak aiiii baru kul 4.30am LCCT tu penuh dgn manusia... tk ler rasa ngantukkan tgk org ramai..
kami pun terus check in kan luggage kami. Beg kami ringan jer, bwk baju 2 helai jer kut... lps tu siap ada spare beg lagi.. kut2 tak cukup beg nk isi barang yang kami beli nanti... kelakarkannn kami sempat ler minum pagi di Boarding area tu...
Kul 6.30am kami dh berada didalam flight. berdebar dan takut mula menguasai kami berdua... almaklum ler kes MH370 masih lagi segar diingatan nie. Tapi nk wat cemana kan, kalu dah ajal ditentukan begitu terima ler. So Alhamdullilah mama masih diberikan peluang tuk bernafas dibumi ini dan boleh berkongsi pengalaman mama disini kan... huhuhu
Perjalanas mengambil masa 2 jam 50minit. Actually kami tak terasa sgt pun perjalanan tu... mama tk ler tido tp kwn mama tido gak ler kan.... mama spt biasa mmg tk blh lelap mata kalu dlm flight nie.. sbb perasaan takut dan gementar tu byk sgttt.. muhaaaa
Touch down di Bandung dalam kul 8.05pg waktu Bandung (Malaysia 9.05am) Indonesia nie lambat 1 jam dr Malaysia. Lps dh collect bag tu nk lepaskan kastam, bag mama kena check... uikkk apa ingat mama nie nk bwk brg terlarang ker.. siap angkat pakaian dalaman mama tu.. malu sehhhh.. mgk sbb mama nie first time pie overseas kut... tuk yg nk check bagai tu.. urghhhh
Lps tu kami menunggu supir. Mngharapkan supir memegang nama kwn mama. Sbb kwn mama yg booking supir nie. Rasa bangga plak bila nama dipegang oleh supir kan.. muhaaaa.. tggu punya tggu.. tak muncul2 supir nie.... depat stgh jam gak ler kami menanti.. skali tgk supir yg datang alamak gantang bangattt.. pemalu polak tu... kami nie yg kepoh sketttt...
So lps dh jumpa supir tu... destinasi kami yg pertama ialah Pasar Baru ler... sbb supir kata pasar tu dh buka dh kul 9am... apa lagi sesi membeli belah ler... tujuan ke pasar baru nk cari kain sulam, telekung serta kain ela.. depa kata murah kt sini.. tk tahu ler murah mana kan.. kami pun redah ler satu kedai ke satu kedai...
Akhirnya kami memborong kain sulam dan ela di Seroja Jaya... giler ramai org Malaysia sopping disini... memborong giler ler.. kami cuma memberli sorang 5 pasang jer.. itupun beli sbb kwn kirim dan lebih sket tuk diri sendiri. Lps tu shopping baju anak2 plak... dan akhir skali kami membeli telekung sulam. Sini murah bangat.. mama beli byk gak ler telekung nie... ada telekung travel mama beli dan juga telekung sulam siap dgn beg. Yg sulam tu mama belikan tuk mak mama dan mertua mama skali,... murahkannn...
Yang bestnya mama siap beli beg roda lagi satu.. sbb byk sgt tk larat nk gendong, so mama pun beli ler satu lg beg. Murah gak ler beg tu... lps dh puas shopping kami makan kt food court bgn tu gak. Makan ayam enyek... sedap sghh... mama pie Bandung nie tk ada diet yea.. asyik mkn nasi jer.. huwaghhhh
Lps dh stgh hari di Pasar Baru, kami pun pie ke Hotel tuk check in. Kami menginap di Hotel California, Bandung. Agak baru hotel nie dan masih cantik serta bersih. Harga Semalam tk ler mahal mana pun dalam RM120 ler... tp biliknya cam 5* tauuu..
Ingat nk kuar ptg dlm kul 4pm nk jejalan lagi ler, tp hujan selebat-lebatnya plak kt Bandung nie... aktiviti ptg tu kami tangguhkan ler ke malam hari. Kat Bandung nie kul 6pm dah gelap tau dan maghrib pun kul 6.15malam... mmg cepat rasanya... lps maghrib kami pun kuar dan pie Rumah Mode. Kedai nie depa kata baju dan seluar murahh2... mama sambar gak ler 2 helai kodroi burberry tuk mama sehelai dan hubby mama sehelai.. tu jer ler yg mampu sbb duit yg kami bwk dh hampir finishhh sbb shopping sakan di Pasar Baru pg td....
Lps tu kami pie mkn kt kedai Sunda.. kami tk mkn sgt sbb masih kekenyangan ku... lgpun mmg mlm kami nie mkn yg ringan2 jer... tk brp suka sngat plak mkn makanan sunda nie... rasanya restoran yg kami mkn ialah Sari Sunda tk jauh dari Rumah Mode....
Sampai hotel hujan renyai2 gak... sejuk dan nyaman... masa tuk jam dh menjangkau ker pukul 10.30 mlm... kalu kt Malaysia kul 11.30 mlm dahhh... so itulah cerita kami tuk hari pertama kami tiba di Bandung... nanti mama sambung citer tuk hari kedua dan ketiga plak yea.. sblm mama akhiri nukilan nie mama nk share foto2 semasa hari pertama kami di sini...

First Time mama mkn benda nie.. sedap gak...

Airport Bandung

Nie ler kedai Seroja Jaya.. kami beli kain sulam...

Nie menu lunch kami iaitu Ayam penyekkk.. nie harga 75,000 rupiah

Hotel California, Bandung.. selesa sgttt

Bersama kwn mama di Rumah Mode

Nie ler shopping di RUmah Mode... beli kodroi 2 helai.. dan 539,000 rupiah

Restoran Sari Sunda.. Mama mkn Kangkung goreng dan tempe goreng jer.. yg nasi goreng tu kwn mama punya...
adioss.....
Friday, March 21, 2014
Tazkirah 21 March 2014 (19 Jamadilawal 1435H)
Asssalammualaikum wbt n slmt pg...
Salam pagi Jumaat .., penghulu segala hari...
TAZKIRAH HARI INI
Husnu zan VS Su'uz zan !
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t. berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku."
(HR: Bukhari).
PENCERAHAN :
Maksud bersangka baik dengan Allah ialah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Ciri-ciri seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah antaranya ialah :
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah akan menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.
Ulama mengajar kita cara bersangka baik sesama manusia. Antaranya dengan tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain. Amalkan nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut. Saling mendoakan kesejahteraan dan mudah memaafkan kesalahannya.
Secara mudahnya, husnu zan ini sama maksudnya dengan 'positive thinking'. Berbeza pula dengan su'u zan atau 'negative thinking'. Allah berfirman yang bermaksud : "Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah." (QS: 'ali-Imran,154)
Rasulullah saw bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ،
“Hindarilah prasangka (buruk), kerana prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling dusta” (HR: Muslim)
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Allah juga menyatakan : "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (QS: al-Hujurat, 12).
Punca manusia boleh buruk sangka kepada Allah antaranya ialah tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji dan ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau pun tidak.
Buruk sangka kepada manusia pula antaranya dengan sentiasa menuding jari pada orang lain, bila sesuatu perkara yang buruk atau tidak diingini berlaku dengan tuduhan yang tidak berasas atau yang diada-adakan. Contoh, "Dulu berlaku peristiwa pencerobohan di Lahad Datu orang kata kerana dia...Kapal Terbang MH370 hilangpun kerana dia punyalah... Rasanya jerebu ni pun pasal dialah kot !"
KESIMPULAN :
Ayuh kita leburkan buruk sangka itu dengan berusaha menambah ilmu agama. Jangan sesekali berprasangka buruk tanpa asas kepada seseorang, pandang sisi baik dan lupakan sisi jahatnya. Jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian nagatif dan liar. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan dan mohon juga kepada Allah agar selalu diberikan sangkaan yang baik pada orang lain. Maka orang juga akan bersangka baik dengan kita.
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah

Thursday, March 20, 2014
JUST UPDATE -LAMA SGT TK MENULIS POSTING
Assalammualaikum n slmt pagi.... smg hari ni lebih ceria dan success dr smlm yea..... untuk waris2 penumpang MH370.. smg anda tabah dan bersabar menanti kepulangan org tersayang... aminnnm...
Lama bebenor mama tk singgah blog nie... almaklum ler laptop ku masuk bengkel... skrin nya pecah tk dpt ler nk mengupdate blog nie... nie pun guna tab 7 samsung jer... walaupun kecik tp masih blh berkhidmat ler... tp keyboard nya kecik sgt asyik tersilap ejaan jer... kalu anda jumpa ejaan yg tersilap then mama tk perasaan harap maafkan yea.... nk taip laju2 kannn..
Sebulan lebih mama tk menghantar sebarang posting kt blog nie... dn sepjg masa tu pelbagai perkara yg terjadi ni sekeliling mama samada kisah peribadi, negara dan bangsa.. chewahhhh cam bagi speech plak rasanya... muhaaa
Masalah peribadi tu tk ler serius sgt... cuma risau dgn kesihatan anak2 yg kejap sihag kejap demam.. sbbkan cuaca yg panas tk ada hujan aritukan... dgn jerebunya lagi... si abg Nadim sekolah kan..terdedah dgn jerebu yg teruk so dia asyik batuk n selesema jer... dia akan ada semput sket... si adik Zafril ok lg sbb duk kat taska pesan dgn pengasuh jgn kasi main kt tmn.. so ok ler...
Masalah Negara plak plg bnyak ler... masalah sumber bekalan air yg runcing sampai kena catu kann... sbb hujan tk da lebih sebulan gak.. tu yg panas terik sampai berjerebu sbb hutan kering kontang dan terbakar sendiri...
Dalam duk sibuk pasal catuan bekalan air, timbul plak masalah kehilangan Pesawat MH370 yg dr KL ke Beijing pada 8hb Mac 2014 yg membawa 227 penumpang dan 12 krew kabjn yg telah mengemparkan seluruh dunia... kehilangan yg sampai sekarang blum ditemui. Sudah memasuki hari ke 13 bayangan dimana pesawat tersbut masih samar2... tk tahu samada masih hidup atau sebaliknya ... bermcm2 spekulasi timbul... mama pjn byk gak dpt info2 yg mgk ada benarnya tp mama sekadar membaca shj... percaya tu mgk ada sket tp tk semua ler... mama harap waris2 serta keluarga mangsa yg terlibat harap bersabar dan berdoa bersama2 supaya pesawat MH370 kembali. Aminnn..
Oklahhh mama rasa dh pjg sgt mama membebel nie... so nanti bila berkesempatan lagi mama akan tulis yea....
Anyway... hjg bulan nie mama akan pie holiday ke Bandunbg Indonesia dgn kwn opis.... pie berdua jer... naik flight ler... wLaupun masih rasa takut naik flight sbb kes MH370 tapi nk wat cemana kannnn dh itu jer pengangkutan yg kita kena nai, tuk pie over the sea... huhuhu...
Doakan mama dan kwn mama selamat pergi dan selamagt pulang ke Malaysia yea... harap semuanya berjalan dgn lancar... aminnn ....
See u next time yeaaa
Friday, January 17, 2014
Tazkirah Jumaat :Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan
Assalammualaikum...selamat pg... slmt bercuti kpd yg bercuti yea... mama cuti tp hubby keje.. lama dh mama tk update blog nie.. skang tk ada laptop sbb dh rosak.., skrin jer yg rosak dh pecah.. kena ganti.. tk tau bila nk ganti.. lgpun mgk mahal kut.. dr ganti skrin lebih baik beli baru jer...
Nie mama update guna samsung galaxy tab 7 jer.. kecik jer.. kalu ada silap perkataan harap maaf tea... almaklum ler jari besar dgt dr skrin keyboard nie.. muhaaaa.
Hari ni mama nk share jer sbg tazkirah Jumaat...slmt beramal..
Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..slmt beramal...
Friday, December 27, 2013
Tazkirah Jumaat : Solat
SOLAT vs USTAZ/SHEIKH/TOK GURU :
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.
Selamat beramal

Saturday, December 21, 2013
MACAM TIPU JER!!
Asslamamualaikum n slmt mlm...
Baru berkesempatan tuk menulis nie.. dh lama sggh mama tk menjenguk blog nie.. sibuk update blog bisnes jer.. almaklumler bisnes JSD nie makin lama makin kencang dan laris bagai pisang goreng tau...kalu anda berminat nk mencuba dan ingin tahu keistimewaan setiap produk keluaran JSD boleh ler pie sini yea...
okkk berbalik kpd tujuan sebenarnya mama menjenguk blog nie... mgk sbb ketidakpuasan hati tghari tadi shgga ke malam nie.. masih terkenang2 jer.. huhu rasanya dh dua tiga kali mama terkena... tp hari nie yg paling mama bengang betul ler.. tp dh anak mmg nak.. so terpaksa turut ler permintaan anak ku..
Hari nie pie Aeon Big Wangsa Maju nk beli brg dapur yg dh licin... pelik gak kan tgh2 bulan baru pie carik barang dapur...almaklum ler hjg bln lps tk pie pun sbb brg ada lg... dh tgh bln byk plak yg kekurangan.. nk tggu hjg bln nanti beli cam tak sempat... so dh terlanjur hubby ajak temankan dia pie servis keta.. mama pun ajak ler pie Aeon Big ... lgpun anak2 mama nie cukup suka pie tmpt2 gitu.. maklum ler dpt beli apa2 yg depa suka kan..
ok... mama nk citer pasal kata AEON BIG nie wat price cut kan... price cut ler sgt kan... maybe ada yg murah dan juga ada yg masih mahal or mmg tk munasabah harganya.. tp kita nie pembeli kadang2 dh terdesak dgt nk benda tu then plus plak malas nk pie tmpt lain, amek gak ler kan.. cam kes susu UHT kid tuk si Abg Nadim minum setiap pg.. harganya mmg murah ler tp yg tk syoknya harga yg dikatakan dh price cut lg mahal dr harga yg tertera.. apa citer tu? tp disebabkan harga tu masih murah dr SOGO.. so mama amek ler.. bkn 1 pack (6kotak) tu tau tp 2 pack tu... sbb murah kan.. cuma mama rasa tk puashati sbb harga tu ler... Kata Price Cut kan... huhu
nie ler Susu UHT yg mama citer tadi tu... huhu

Lg satu seblm nie mama juga ada gak terkena tp mama tk beli ler... cuma kpd pembeli yang tak tahu pasti kata murah sedangkan harga yg dipaparkan di tmpt tersebut adalah lg mahal dari harga runcit yang tertera di bungkusan tersebut... Ia adalah SUSU NESTLE OMEGA PLUS di Pasaraya Giant Bukit ANtaraBangsa..
rasanya dlm 2 mggu lepas... kt SOGO lagi ler murah kan cuma RM28 jer.. tp di Giant nie Harganya RM40.89 sedangkan harga dipek hanya RM39 (semenanjung) RM40.30 di Sbh Srwk...bayangkan betapa mahalnya kan... skang nie pun klt SOGO sdg murah iaitu RM28.90 tuk 1kg yea... yg nie pun 1kg gak tp harga mak aii RM40.89.. pelik2.. sibbaik ler mama nie dh biasa beli susu nie sbb hubby mama mmg minum susu nie tiap2 pg.. so tk ler kena tipu kannn... tp kalu org lain ler.. mahu hidup2 kena kelentong kannn... huhu
so berhati2 ler kwn2 ku sekalian.. jgn ler kia tertipu.. belek betul2 sblm beli yea..
Nie SUSU yg mama katakan tu.. huhu
oklah...tu jer mama nk luahkan kt sini.. nanati ada citer baru mama citer lagi yea... sbb mama nk tgk citer OZ The Great and Powerful di ASTRP FOX Movie Premium chanel 433... ok see u later..
adiossss
Subscribe to:
Posts (Atom)