Wednesday, October 2, 2013

Ilmu : Antara note RM1 dgn RM100

Hi.. lama bebenor mama tk singgah sini... agak sibuk sket.. anak baru sihat jer... so tk mau citer pjg lebar... mama just nk share nie jer.... harap kita mengambil iktibar bersama... huhuhu

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi  berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.


============


Tertarik pulak nak kongsi cerita ni.

Duit RM1 dan RM100 ni sebagai pembawa watak kepada watak masyarakat kita hari ni sebenarnya. Kita jangan cepat menilai orang dari luaran je.Tapi memang kita manusia ni selalu je nak judge orang dari luaran kan??

Janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa besar manfaat yang kita hasilkan untuk memuliakan Allah. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Wallahua’lam.

Nak jadi macam duit seringgit tu lah. Biar nampak tak cantik dimata manusia, tapi cantik disisi Allah :)

Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua

Friday, August 16, 2013

CERITARIA RAYA 2013

Assalammualaikum wbt.. Slmt HAri Raya..

Masih mood raya kannnn... mama pun baru mula kerja ari khamis... malas jer nk pie keje... hubby still cuti then jaga anak2... besttt nya kalu ada cuti lagi kan.. blh smbung cutiii..

Mama tk ada idea nk menulis nie... malas masih menguasai mama... so just nk share gambar2 raya mama jer.. huhuhu...

Tema tahun nie dark purple yea... tadaaaaa...


dan nie lg gmbr sepanjang hari raya...


zafril dh cantik.. dia boleh mintak " mama nk susu satu pls"


Kueh raya telah terhidang

"sayang mama byk2"

Zafril dgn sepupunya Fateha

Fateha, Nadim & Zafril

Mama & Papa

Main kucing... 

2 Syawal masih berbaju melayu ... light Purple

Zafril main bunga api

Nadim & Zafril


Duit raya anak2

adiosssssssssssssssssssssssssssss

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya

Salam

pejam celik pejam celik dh sebulan kita berpuasa... Alhamdullilah kita masih diberikan peluang untuk berpuasa tahun nie... masih adalah ramadhan untuk kita pada tahun depan?

Esok kita akan menyambut Hari Raya.. tentu persiapan sudah disediakan.. brp pasang baju yea? mama cuma 2 psg jer.. yg byknya hubby dan anak2.. almaklum ler nk sedondon... mama sarung jer baju yg sedia ada... yg 2 pasang tu pun mama beli jer.. tk ada tempah pun..

mama akan menyambut hari raya di Kuala Lumpur dulu... pie umah mak mama di Pantai Dalam.. then baru shoot to Perak umah mertua plak... mgk akan berada di umah mertua selama 3 mlm... In Sha Allah hari ahad mama balik ler.... 

oklah.. mama nk sambung kemas rumah ler... esok nk raya kan....

adiossss

Sunday, July 14, 2013

Singgah Sat

Salam... Slmt pagi..
Selamat berpuasa yea... lama bebenor mama tk singah sini.. sibuk sket dgn bisnes kecil kecilan tu.. maklum ler nk kumpul duit raya...

entry mengenai percutian mama dgn EOCM pun tk selesai lg kan... buntu plak nk menulis skang nie... mood dan idea tk ada la... nie pun singgah sbb tgk lama sghh tk klik blog nie... skali klik mak aiii last posting 20 June... nk dekat sebulan tu.. apa apa pun mama harap follower mama tk serik ler singgah sini yea... 

mama akan cuba try tuk singgah sekuarng2nya sekali seminggu.. berkongsi cerita, tip dan apa2 shj terlintas di kepala mama nie....

anyway... mama nk ucapkan selamat berpuasa.. Alhamdullilah sudah 5 ramadhan dah kan.. cepat sggh masa berlalu.. dan mama cukup berbangga selama 5 hari nie hero mama yg Ariff Nadim berusia 7 tahun sudah berpuasa 3hari...harap2 hari nie dia dpt puasa penuh ler... baru tinggal sehari jer masa hari pertama puasa tu... 

oklah.. mama nk sambung tido ler... hubby dan hero2 dh sambg tido lepas subuh td.. mama ajer tk mau tido sbb sibuk nk mengupdate blog dan FB nie.. huhu

ok sehingga berjumpa lagi... 

Thursday, June 20, 2013

Tip : Hangatkan Kasih Sayang Dengan Suami

Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami

DALAM perkahwinan, keintiman antara pasangan adalah perkara asas dalam membentuk keharmonian rumah tangga. Keintiman akan hadir jika kita sama-sama saling mengambil berat dan bertolak ansur antara satu sama lain. Lantas, ia membina kekuatan dan keteguhan dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Selain itu, kepercayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Isteri haruslah mempercayai tentang kebolehan dan usaha pasangan dalam melakukan sesuatu perkara serta jangan menolak pandangan pasangan jika ada rasionalnya. Biarpun anda dan pasangan masing-masing sibuk dengan tugasan, namun cubalah mencuri masa untuk bersemuka. Setidak-tidaknya berilah masa selama 20 minit untuk bersembang dengannya. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi masing-masing.

Di sini terdapat 15 tip mudah untuk menyatakan "Aku cinta padamu" untuk tujuan mengeratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dalam keadaan yang sibuk.

1. Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.

2. Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerja-kerja di meja komputer ketika sedang berehat di rumah.

3. Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, apa salahnya, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.Pada ketika itu berbual bersama-sama. Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan, cubalah mencuri masa untuk bersemuka dengan berkongsi cerita bersama. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi si dia .

4. Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu.

5. Luahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.

6. Buktikan kasih sayang anda kepada si dia, tulislah surat dengan menyatakan anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Ini kerana kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang lebih-lebih lagi daripada isterinya. Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat 'cinta ' itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan pada dirinya.

7. Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantik diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.

8. Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.

9. Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil
itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

10. Luahkan pada pasangan anda, bahawa anda bangga dengan kehebatan si dia, tunjukkan rasa hormat anda terhadap si dia agar ikatan percintaan menjadi lebih intim.

Sebagai contoh, anda mungkin berkata, ''Anda seorang yang hebat'' atau "Saya sungguh menghargai bagaimana susahnya kerja dalam memberi kesempurnaan kepada keluarga kita"..

11. Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.

12. Dapatkan persetujuan bersama ketika membuat keputusan bersama si dia. Kadang-kadang si dia akan berasa marah dan tidak suka sikap si isteri cuba menukar sesuatu jadual mahupun kehendaknya.
Ini boleh membangkitkan kemarahan si dia, dalam hal ini si isteri perlu bersabar dengan kemahuan si dia.

13. Isteri haruslah menunjukkan rasa hormat terhadap suami, jangan sesekali melakukan perkara-perkara negatif, ketika membeli-belah contohnya, cuba dapatkan pandangannya.
Contohnya ketika membeli kad ucapan untuk kad hari jadi, cubalah minta pandangan si dia untuk membuat pilihan. Hal ini akan membuatkan si dia merasakan dia mempunyai hak terhadap diri anda.

14. Ketika masa lapang, gunakan bahan-bahan terbuang untuk melukis bentuk dua keping hati disambungkan bersama dengan nama-nama anda pada hati itu dan menulis "aku cinta padamu" terhadap si dia.

15. Cuba hasilkan sajak-sajak cinta kepada si dia untuk menyatakan isi hati anda

Wednesday, June 19, 2013

SUT4 EOCM @ Selesa Beach Resort Port Dickson

Salam semua..
Alhamdullilah SUT 4 EOCM telah pun berlangsung pada 15 - 16 June 2013.... suggh meriah dan berjalan dengan lancar.... anak2 mama sghh gumbira sbb asyik berendam di kolam renang.. suka bebenor depa... almaklum ler dh lama tk bercuti nie.. sibuk sket.. masa cuti sekolah hari tu pun tk pie mana2...

Pagi2 mama dh bangun menyiapkan apa2 yang patut.... goreng nugget dan juga masak sardin untuk bekalan sekiranya lapar semasa perjalanan ker PD.... dalam kul 9.00 pg kami sudah berkumpul di Uniten Bangi... menanti pesawat Exora sampai untuk berkonvoi ker PD.... lepas dh cukup team kami nie terus berlepas ker menuju RnR Seremban untuk bergabung dgn semua pesawat exora dr setiap jajahan iaitu CR, SR, ER... berkumpul ler dan menyusun mengikut group supaya memudahkan perjalanan berkonvoi nanti.



Bila dikira dan dihitung ada lebih kurang 140 pesawat exora yg menyertai SUT 4 ini.... mmg agak ramai.. bayangkan kalu setiap family minimum 2dewasa 2 kanak2.. total ada dalam 560 org.. tu anggaran jer tau.. kalu yg anak ramai plak cemana citer tu... maknanya swimming pool penuh dgn anak2 kami jer ler.. huhuhu

Dalam kul 11.30 kami bertolak dan akan berkumpul di RnR Mambau utk bergabung dgn tuan rumah yg menjadi lokasi bag SUT buat kali ini....masa nie ada lagi susunan iaitu Konvoi n Stay or Konvoi n Dinner...
ada yg stay kat Selesa Beach Resort .. ada yg stay kt Desa Lagoon dan ada juga stay kt apartment yg depa punya sendiri di area Port Dickson tu..so mama n family mmg amek stay kt Selesa jer.. senang kan.. huhuh

Dalam kul 1.30 kami telah tiba di Selesa Beach Resort... wah mmg cantik bila tgk pesawat exora tersusun di parking area. penuh ler kawasan parsking tu dgn keta exora jer... huhuhu... parking jer keta, hubby turun dulu tuk amek kunci bilik... cuaca jgn cakap ler panas berbahang tau... tk sggp nk kuar dr keta tau... dh dpt kunci terus mama ajak hero2 mama masuk bilik.. depa berdua tu dh tergedik2 nk mandi kolam... apa giler ker nk mandi kolam tgh panas terik tu.. mau terbakar kulit mama.. huhuh


Malas mama nk melayan depa berdua tu... mama biarkan ajer depa merengek2... bkn tak mau bwk depa mandi tp tggu ler ptg sket ker... redup ler gak kan.. ini tgh matahari atas kepala dh ajak terjun kolam.. tak sesuai..... perut agak berkeroncong gak....sib baik ada sardin n roti so mkn tu dulu ler... tk lama lps tu hubby bwk dua bungkus nasi ayam... apalagi mkn ler... anak2 mama mkn ler sket.. kepala depa duk asyik nk mandi kolam jer...

Dlm kul 5 tu baru ler mama bwk anak2 mama pie mandi kolam.. bkn main suka lg depa dpt mandi kolam.. spt biasa mam tetap akan masuk kolam gak sbb nk melayan sikecik zafril tu... dia suka terjun sambil mama sambut dia.. suka betul dia... lama gak depa mandi hampir 1 jam stgh... dlm kul 6.30 tu mama ajak depa balik bilik.. sbb nk bersiap tuk dinner mlm nie plak...


ok kita sambung lagi yea... ada keje sket... daaaaaa

Thursday, June 13, 2013

Jom Kembali Hangatkan Hubungan Intim Anda

Dah lama tak masukkan entry kategori 18SX... AMARAN!
Bacaan ini khas untuk mereka yang sudah ada sijil nikah sahaja ye... kpd yg blum bernikah jgn teruskan membaca artikel nie.. huhu pie nikah dulu then baru sambung baca artikel nie yea... ahakssss

Perkara yang paling membahagiakan buat suami isteri kadang-kadang boleh berubah jadi sesuatu yang cukup membosankan. Jadi sebelum hubungan intim menjemukan anda atau pasangan sebaiknya lakukan sesuatu.

Segera praktikkan 5 perkara ini untuk menyegarkan kembali suasana ranjang yang dingin.

1. Kuasa ciuman
Jangan memperkecil-kecilkan kuasa sebuah ciuman. Satu ciuman saja sudah mampu meningkatkan tahap keghairahan anda dan pasangan anda. Ia juga dapat memanjangkan hubungan seksual itu sendiri. Oleh itu jangan melupakannya baik ketika hendak memulakan seks atau selepasnya.

2. Jelajah setiap inci tubuh pasangan
Belaian pada tubuh pasangan adalah aksi-aksi ketika hubungan intim yang tidak boleh anda tinggalkan begitu saja. Saling menjelajah dan membelai tubuh satu sama lain dengan tangan boleh menambahkan keintiman. Mana tahu anda akan bertemu dengan titik rahsia yang baru dan mampu membangkitkan berahinya.

3. Renungi matanya
Bukan saja ketika saling membelai pasangan, renungi juga mata pasangan terutama setelah anda berdua mengalami orgasma. Cara itu anda akan berasa lebih dekat intim dan terikat secara emosional.

4. Bisikan manja
Bisikkan sesuatu yang manis dan menggoda di telinganya. Selain itu seringlah menyebut atau memanggil namanya dengan panggilan manja untuk memperlihatkan rasa sayang dan cinta anda pada dirinya. Panggilan manja juga akan menimbulkan satu kebanggaan pada diri mahupun pasangan.

5. Berkongsi rasa
Setelah sama-sama melayari bahtera bersama, janganlah berhenti begitu saja. Gunakan waktu selepas itu dengan berkongsi perasaan. Anda juga boleh saling memicit, membelai atau tidur sambil berpelukan. Ketika ini jugalah anda boleh meluahkan perasaan cinta dan sayang pada pasangan.

Hapuskan kebosanan

Ketika hasrat untuk bersama dengan pasangan datang, selalunya anda berdua tidak berfikir panjang. Anda berdua terus saja menuju ke sasaran. Akhirnya setelah selesai bersama ghairah yang tadinya menggebu-gebu terus merundum seolah-olah berakhir apabila seks selesai. Keadaan seks sebegini selalunya akan mengarah kepada rasa bosan. Kepelbagaian dalam hubungan intim diperlukan demi menghindarkan kebosanan yang dapat menurunkan ghairah seksual anda dan pasangan.

Sekiranya anda mula merasakan bibit-bibit kebosanan ini, beberapa panduan di bawah mungkin dapat membantu anda mengatasinya; Bersihkan fikiran anda daripada apa jua masalah-masalah yang ada. Fikiran yang tenang boleh menimbulkan mood yang menyenangkan untuk bercinta. Jangan lupa selepas mood timbul hindarkan segala gangguan seperti telefon bimbit dan sebagainya. Cubalah untuk mandi bersama pasangan.

Siapkan air panas dalam tub mandi dan tambahkan dengan minyak aromaterapi ke dalamnya. Pasang beberapa batang lilin wangi yang senada dengan bau minyak aromaterapi di sekitar bilik mandi. Jangan lupa putar lagu-lagu romantis sebagai pengiring. Cara ini selain membuat anda dan pasangan rileks ia juga mampu menambah ghairah. Rutin seks tanpa pemanasan atau terus menuju ke sasaran memang tidak mendatangkan kepuasan maksimum. Walhal sudah dikatakan bahawa pemanasan merupakan isyarat penghantar cinta yang cukup dahsyat.

Mulakan dengan sentuhan serta urutan mesra dan berlanjutan dengan ciuman. Ciuman akan membuat kita berasa lebih intim daripada hubungan seks itu sendiri. Jelajah tubuh pasangan anda begitu juga sebaliknya. Cara demikian anda dapat mengetahui ‘hot spot’ atau bahagian sensitif masing-masing. Satu perkara yang perlu diingat, hubungan seks yang berlangsung dengan sendiri atau spontan akan meningkatkan kesan yang lebih ‘dahsyat’ berbanding dengan yang dirancang.

*wahhh nk praktikan ler.. dh 8 thn kawin perkara gini rasanya dh lama tk buat... nk pie honeymoon lg ler.. huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!