Wednesday, July 13, 2011

Kelebihan bulan Sya`ban.

Salam,
Untuk pengetahuan kita bersama!!!
------------------------------------------------
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis).

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis).

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w". (Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Selamat beramal!!!!

5 Most Handsome Men In The World

Salam,
 Sajer jer... mama dpt email dr my opismate... wat cuci2 mata n senyum2 pagi nie... huhu

Most handsome Saudi man...
grandson of king Faisal


-----------------------
((Hrithik Roshan))
Most handsome Indian man…. actor...


------------------------------
Imran Abbas

Most Handsome Pakistany man…. actor
....

 
-----------------------
Tarkan
Most handsome Turkish man
… singer
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
---------------------------
(( Fazza))
Most handsome Emeriti man






--------------
Dudy
Most handsome employee in
Saudi Aramco
after 25 years


Haiyaa..I oredi told u maa…
5 only…
gotcha!

 
JJJJJ

Tuesday, July 12, 2011

SELULIT...OH TIDAK!!!!

Salam,

Hari nie mama nk cerita pasal selulit. Rasanya ramai yg mempunyai masalah selulit termasuk ler mama gak. Mama nie dh tahap amat membimbangkan. Mama perlu lakukan sesuatu utk mengatasi masalah selulit yg makin hari makin membesar di bahagian paha mama. Selalu sgt dh kena perli dgn my hubby. Rasa sedih pula bila mengenangkannya. Malu utk berhubugan 'intim' bila lihat diri mama tk 'solid' di depan cermin...:D

So mama perlu lakukan sesuatu. Skang nie mama kerap pie gym dan fokuskan pd peralatan gym yg boleh mengecilkan paha. Dalam seminggu mama pie gym 4 kali dan wat 45 minit. So far mama tk rasa paha mama kecil cuma berat tu ada turun sket ler.... mama pun search ler mcmana nk membuang selulit nie tanpa mengeluarkan modal ler... tk mau ler pie slimming centre....hehehe

Carik punya carik.. mama pun jumpa ler artikel nie. Mari kita mencubanya..:D  

cellulite

Ramai wanita-wanita yang mempunyai masalah selulit atau lemak di bahagian peha. Mama hari ni akan berkongsi artikel menarik untuk menangani masalah yang dihantui oleh ramai wanita-wanita di luar sana. hehehe… So memula kita cerita apa yang menyebabkan benda ni berlaku?

Kadar hormon yang tinggi
Wanita yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon wanita biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel lemak di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembuatkan organ wanita untuk membolehkan wanita melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembuatkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam badan. :D

Pengaliran darah yang lemah
Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, wanita itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.

Cara hidup yang kucar kacir
Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah.

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan perkara ini?
Pertamanya,senama harian akan membantu untuk mengembalikan kadar hormon ke tahap yang normal. Ini bukan sekadar membantu mengelakkan selulit tetapi akan mengelakkan gangguan emosi yang tidak menentu. Selain itu, senaman juga akan menyebabkan pengaliran darah meningkat pada peha dan akan menyebabkan tisu-tisu untuk lebih sehat. Pengaliran darah yang baik juga akan membantu membuang cecair berlebihan.
Sekarang mama akan berkongsi beberapa senaman yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.

Senaman
Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)
senaman peha 1
Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di sebelah, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2


Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)
senaman peha 2
Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3.

Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)

senaman peha 3
Duduk di atas kerusi(tanpa roda). Rehatkan kaki anda di atas lantai dengan bengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di bahagian sisi kerusi. Hembus nafas semasa anda mengangkat dan melunjurkan kaki kanan. Tahan kedudukan ini untuk 30 saat dengan bernafas seperti biasa. Kemudian tarik nafas semasa anda menurunkan kaki kanan tersebut. Kemudian tarikh nafas untuk kaki kiri pula. Tahan 30 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian Hembus nafas untuk turunkan kaki kiri. Kemudian teruskan ke Langkah 4.

Langkah 4: Jambatan duduk (untuk bahagian belakang dan tepi peha)
senaman peha 4
Duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi anda. Hembus nafas semasa anda mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat anda. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan. Kembali ke Langkah 1.
Ulang langkah 1 hingga langkah 4 sekali lagi, dan akan telah selesai untuk senaman hari ini.

Semoga dengan tips kali ini, lebih ramai wanita di luar sana berjaya memperolehi kaki yang cantik. :) Semoga berjaya.
..........................................


artikel ini adalah rujukan dari 8 Minutes in the Morning to Lean Hips and Thin Thighs (Rodale Inc. 2004) oleh Jorge Cruise.

daaaaaa..............


Monday, July 11, 2011

Kenapa kita melahirkan anak?

Salam,
Mama ingin berkongsi cerita.. hehehe

Kenapa kita melahirkan anak?
Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.

Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:

1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang  yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.

3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.

4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.

5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

credit to Majalah Pa & Ma

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI PADI

Salam,

Mama nie tgh free nie... tu yg sakan antar posting... muhaaaa Mama teringin bangat nk makan pucuk ubi masak lemak cilipadi....sedapnya!!! Jom mari kita memasak...heheheh

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI PADI

Pucuk Ubi Masak Lemak

(Hidangan untuk 5 orang)

BAHAN-BAHAN:
1 kg pucuk ubi
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
20 gm udang kering (kisar)
3 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut
3 cm lengkuas (ketuk)
10 tangkai cili api (kisar)
1 liter air
5 cawan santan
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.
2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.
3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata

SELAMAT MASAK!!!!

PETUA AWET MUDA!!

Salam,
Mama nk berkongsi petua.... mama mmg suka pucuk gajus.... selalunya mama wat ulam ajer.... sedap tau rasanya pahit2 manis...:-) Tk sangka khasiatnya boleh jd awet muda.... nampaknya selalu ler mama makan berulamkan pucuk gajus nie...:-) Jom kita baca khasiatnya!!!!
-------------------------
Credit to Petua Sejagat.
Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)


Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.


Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)
Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)

Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:

1. Makan begitu saja
- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.



2. Minum air rebusan
- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.


Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.


Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?


Selamat Mencuba!
Adios!!!!

MELAKA HARI KE-3

Salam,

Mama nk sambung cerita cuti2 malaysia mama ke Melaka. So hari ke-3... bangun cam biasa ler kan... mama dh siap2 mengemas dah nie.... nanti senang nk check-out. Kami bekpes di Mc'D.... itu yg menarik minat si Nadim sbb dia nk pie main kt 'Taman' <---- istilah digunakan nadim bila nk pie main kt playground.. muhaaaa

Kami pie jalan kaki ajer menyusuri Dataran Pahlawan. Kasi si Zafril berjalan di atas rumput kt dataran tu.... nk tgk gmbr tu... heheheh


our bekpes!!!!

Gelagat Zafril.... my hero!!!


Zafril berdiri nk blajar berjalan... atas rumput dataran pahlawan


Zafril takut2 ajer bila kena lepaskan tgn dgn mama


Lepas bekpes mama pun balik semula ke hotel. Relax2 jap kasi zafril tidur jap.. kul 12pm kami pun check-out. Berangkatlah kami pulang ke KL.... Selamat Tinggal Melaka...Jumpa lagi di lain hari!!!!!

Daaaaaaaaaaaaaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!