Assalammualaikum dan selamat malam
Lama sangat mama tak menulis disini. Sejak arwah suami mama tiada lagi, mama agak struggle untuk mendidik dan membesarkan hero2 mama iaitu Abg Nadim dan Adik Zafril. Macam2 ragam dan kadang2 memeningkan kepala. Dahla mama nie berkerja dan masa utk mereka mmg terhad.
Alhamdullilah mama ada parents yang sama2 tinggal dengan mama. So tak perlu mama hantar hero2 mama nie ke nursery. Mama hanya sediakan bas sekolah je... :-)
Sejak PKP nie mama bekerja dr rumah. Actually mama tak berapa suka sgt kerja dr rumah nie, sbb panas... hahahaha panas giler tau. Kalau kerja office sejuk je, nyaman kan,,, duk 8 jam dioffice lagi heaven dari duduk rumah sbb cuaca skang nie panas kan...
Sekolah masih lagi tutup untuk sekolah rendah. So anak2 mama seronok sgt. Yang pening nya sbb ada online class. Nak suruh depa buat payah bebenar. Asyik nak main game je. Buat kejap keje sekolah lebihnya main je... geram mama tau..
PKPP baru jer bermula harini. Mama tahu ramai yg plan nak balik kampung untuk berjumpa dengan mak ayah yg dah lama tak jumpa 3 bulan kan... Mama taklah tersenarai pun sbb parents and in-law mama ada kat KL je. Alhamdullilah mama bersyukur sbb mama tk lalui perasaan rindu sbb mama jumpa diorag hari2.
Yang mama pikirkan skang nie nk plan bercuti bawak anak2 sbb diorg dh lama duk terperap kat rumah 3 bulan lamanya. Dah mula boring dah diorg nie. Maybe nk bawa pie Port Dickson or Melaka. Tu je yang terpikir dalam kepala nie. Kalau pie Melaka byk tempat boleh singgah sbb kampung mama. Ada adik2 and kakak2 mak mama. So sambil bercuti kita jalan2 raya le.... huhu
Oklah.... mama nk beradu la. Lewat dah nie. Walaupun work from home but still kena bangun awal siapkan bfast tuk family then kul 9am sharp kena on keje. Tapi selalunya mama kul 730am dah on laptop and sambil2 tu buat le keje rumah. Untungnya WFH nie sbb kita boleh wat rumah skali. Huhuhu...
Till we meet again.
Adios.... Assalammualaikum wbt...
IG : mamasas78
FB : mamasas anaz
No comments:
Post a Comment