Friday, January 18, 2013

PENIPUAN : BERHATI2

Mama nk share sket... nie email yg mama terima pgi nie... mmg menarik dan bagus tuk dikongsikan...

Kejadian di surau assobah ...

Selepas sembahyang isyak jummat lepas di surau assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa india (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk islam. Menurut mereka, abang mereka telah islam dan sedang menuntut di pondok pasir tumbuh KB dan mereka bercadang nak ke KB selepas majlis pengislaman mereka. Kami diberitahu yg bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk islam.

Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh ust Dr Zulkifli dan pehak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada meraka.

Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan2 mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yg berlaku di surau di salak tinggi.... satelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan besar mereka adalah orang yang sama ..... meraka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang2 melayu/islam ..

Diharap kejadian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati2 dimasa hadapan. Mungkin kalau ia nya terjadi dikawasan kawan2, dicadangkan supaya butir2 peribadi mereka (IC no, alamat, gambar, phone numbers dsbnya) dapat dicatitkan. Pemberian wang harus dibuat berhati2 .. mungkin tak diberi terus, tetapi hanya diberi setelah urusan pengislaman mereka telah direkodkan oleh pehak berkuasa atau sebagainya ...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!