Salam... lamanya mama tk update blog nie.... almaklum ler agak sibuk sket serta tk sempat nk online tuk update blog... sempat update FB ajer.... huhu
mama just nk post mengenai Sidang Media Pengumuman Majlis Pernikahan Pelakon Scha Alyahya & Awal Ashaari. Dh lama bebenor posting nie mama peramkan... ingatkan nk ler edit dulu sblm post.. tup tup langsung tk wat2... padahal sidang media tu dh lama dh berlalu.. kiranya cerita dh basi ler...
yang penting mama tetap nk share gak foto2 nie... sbb mama mmg minat bangat dgn Scha Alyahya nie..
sejak dari ceria Awan Dania lagi.. huhu...
Pada 27 March 2012, bertempat di Flora Cafe, Jalan Ampang Kuala Lumpur satu sidang media telah diadakan oleh Awal Ashaari & Scha al-Yahya untuk pengumuman khas tarikh pernikahan mereka berdua.
Pasangan ini akan bernikah pada 4 Mei hadapan dan majlis akan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.
Dalam masa yang sama pasangan ini mendedahkan majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal. Mereka mula berkenalan semasa mengacarakan program Sehati Berdansa.

Smg mereka bahagia selalu.. jom tgk gambar depa semasa majlis pengumuman tersebut...
check it outttt
adiosssss
No comments:
Post a Comment