Salam,
Alhamdullilah... berjumpa kita lagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat dan ceria selalu.. lebih2 lagi pd mereka yang sudah gaji... apa lagi meh ler dtg sini Sogo tgh sale bangat!!!!! Mama gaji mgk esok atau lusa... so no shopping ler today... cuci2 mata jer.....
So hari nie mama nak berkongsi ilmu. Awal smpi opis, mama pun mengemas ler meja... sambil tu selak2 majalah lama. Selak punya selak mama tertarikh dgn topik di atas. Jom kita sama2 membaca... Renungan di pagi jumaat!!!!
Credit to Dara.com Edisi Nov 2010
Pada edisi kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk mengulangkaji sebuah subjek fiqh iaitu mandi wajib. Ia adalah sesuatu yg lazim dilakukan ketika suci dr haid dan sesuatu yg penting kerana ia menjamin ibadah kita sah dan diterima Allah. Merujuk kepada sebuah hadis spt berikut :
Asma bt Syakal bertanya kpd Rasulullah SAW berkenaan mandi wajib ketika suci dr haid, maka baginda menjwb :"Siapkan air dgn campuran daun bidara lalu berwuduklah kamu dgn baik. kemudian tuanglah air ke atas kepala smbl mengosoknya bersungguh2 shgga air merata ke pangkal rambut. Kemudian tuangkan air ke atas bdn (lalu mengosok bdnnya). Kemudian ambilah kapas yang telah dilumuri minyak kasturi dan gunakanlah utk membersihkan diri."
Asma bertanya: "Bagaimana cara membersihkan dirinya itu?" Rasulullah menjwb: "Subhanallah! Kamu bersihkanlah dengannya." Aisyah (isteri Rasulullah yg ada bersama ketika itu) berkata dgn perlahan kepada Asma: "Kamu bersihkan tmpt bekas darah dgn kapas itu". Asma kemudian bertanya ttg mandi wajib selepas junub. Maka Rasulullah menjwb: "Ambillah air dan berwuduklah dgn baik, Kemudian tuanglah air ke atas kepala sambil mengosoknya dgn sungguh2 shgg air merata ke pangkal rambut. Kemudian tuanglah air ke atas badan (lalu mengosok badannya)." Berkata Aisyah: "Sebaik-baik wanita ialah kamu Ansar. perasaan malu tdk menjadi penghalang utk mereka bertanya dlm rangka memahami agama." [Shahih Muslim no:332-2]
Berdasarkan hadis di atas, dapat kita pelajari beberapa perkara penting berkenaan mandi wajib.
1. Siapkan air yang dicampur dengan daun bidara. Pd masa kini sabun dpt diganti dgn sabun buku atau sabun cecair (shower cream). Ia adalah benda biasa kita gunakan utk membersih dan mengharumkan badan.
2. Berwuduklah dgn baik.
3. Menuangkan air ke atas kepala dan mengosoknya dgn bersunguh2 shgga air sampi ke pangkal rambut. Menuang air adalah bagi mereka yg mandi menggunakan gayung. Bagi yang menggunakan pancuran air (shower), memadai dgn berdiri dibwhnya. Bagi wanita yg mengikat rambut atau menggunakan klip rambut, tdk perlu membukannya jika air dpt smpi ke pangkal rambut. Namun jika ikatan atau klip rambut tersebut menjadi penghalang, hendaklah dibuka. Ini berdasarkan sebuah hadis lain dimana Umm Salamah tlh bertanya kpd Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku ialah sorg wanita yg memiliki ikatan rambut yg kuat. Adakah aku perlu meleraikannya ketika mandi wajib selepas berjunub?" Rasulullah menjwb: "Tdk , cukup bagi kamu menuang air tiga kali ke atas kepala kamu, kemudian kamu menuang air ke atas bdn kamu dan bersihkan dengannya." [Shahih Muslim, no:330)
4. Menuang air ke atas badan dan mebersihkan dgnnya. Sekali lagi, menuang air adalah bg mereka yg mandi menggunakan gayung. Bagi menggunakan pancuran air memadai dgn berdiri dibwhnya. Dianjurkan utk membersihkan bhg kanan bdn kemudian barulah bhg kiri. Aisyah menerangkan : "Apabila salah seorg drpd kami ingin mandi wajib slps junub, dia mengambil air dgn kedua tgnnya lalu menuang di atas kepala sbyk 3kali, lalu menuang air ke bhg kanan (bdnnya) dgn sebelah tgn dan menuang air ke bhg kiri(bdnnya) dgn tgn yang satu lagi.' [Shahih al-Bukhari, No 277]
5. Khusus bg mandi wajib slps suci dr haid, hendaklah mengambil kapas yg dilumuri dgn minyak kasturi dan membersihkan kemalunnya (vagina). Kapas boleh diganti dgn kain atau tisu sementara minyak kasturi boleh diganti dgn apa2 minyak, losen atau krim lain yg harum baunya. Imam al-Nawaqi menjelaskan hikmahnya : "Para ilmuwan berbeza pendapat mengenai hikmah memakai minyak aksturi. Pendapat yg sahih lagi terpilih yg dikemukakan oleh majoriti rakan2 kami dan selainnya adalah memberikan wangian pd tmpt keluarnya darah dan utk menghilangkan bau yg kurang menyenangkan (darinya)." [Syarah Shahih Muslim, 1/49].
Berkenaan perkara kelima ini terdapat pendapat yg mewajibkan utk memasukkan kapas tersebut ke dlm vaginanya. Ada yg sehingga mensyaratkan wanita duduk dlm posisi tertentu agar pembersihan dapat disempurnakan jauh ke dalam. Ada juga mengubah tertib mandi wajib ini, iaitu langkah membersihkan vagina didahulukan sblm mandi wajib dan bukan diakhirkan sebagaimana hadis di atas.
Semua ini adalah pendapat yg berlebih-lebihan bagi memberatkan umat islam. Memadailah kita dgn tunjuk ajar Rasulullah SAW dlm hadis di atas dimana pembersihan hanyalah diluar kemaluan(vagina) tdk di dalamnya. Ia juga dilakukan selepas mandi wajib dan bukan sebelumnya.
Wallahhuallam....
Berjumpa lagi!!! adiossssssssssssssssssssss
No comments:
Post a Comment