Thursday, January 17, 2013

Sihat : Penyakit dan Tanda2Nya

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu.
Sukar tidur malam.Mata merah sebam.
Sering sakit kepala. Leher rasa tegang.
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).

Biasanya tekanan darah akan turun selepas mengambil jus.
Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih sayur- sayuran dan buah- buahan.
Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.

Tekanan Darah Rendah

Kaki dan tangan sejuk.
Pening bila bangun cepat.
Cepat letih.
Muka pucat.
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
Tegang leher bawah.
Kepala pening memusing.

Jangan bekerja keras.
Kawal perasaan supaya tenang.

Buasir

Berak berdarah.
Dubur berasa sakit di bahagian luar dan dalam.
Berak berdarah.

Kurangkan makanan pedas dan berasid.
Lebihkan makan buah- buahan dan sayuran serta makan makanan berserat (gentian).

Kencing Manis

Kerap buang air kecil.
Sering rasa dahaga.
Badan berasa lemah.
Mudah letih.
Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu.
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.

Keadaan penyakit akan berunsur-ansur pulih. Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 3 hingga 4 botol (500ml) Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).Makan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan.Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.

Sakit Puan

Keluar cairan putih (penyakit keputihan)
Haid tidak normal dan berasa sakit.
Cairan putih keluar semakin banyak.
Haid tidak stabil.

Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus cenkudu 2 hingga 3 botol (500ml).
Jangan minum air sejuk (ais). Digalakkan mandi air panas.
Tenangkan perasaan.

Sakit Sendi, Sengal, Pirai

Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
Luka lama di sendi berasa sakit.
Bila serius, sendi- sendi menjadi bengkak.
Sendi rasa sakit. Badan jadi panas.

Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.

Reumatisme

Berasa sakit sebelum hujan.
Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
Kadar metabolisme menjadi lemah.Bertambah sakit .

Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

Sakit Jantung

Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
Sesak nafas
Rasa sakit di dada
Kebas di lengan atas tangan kiri.

Kurangkan makanan berlemak, kolesterol. Jangan minum arak.
Kurangkan merokok. Masa tidur yang cukup dan bangun awal.
Dapatkan nasihat doktor

Lumpuh

Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
Pergerakan badan tidak lancar. Gangguan ingatan
Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
Sakit dan pening kepala.
Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar,

Perlu banyak berehat sepenuhnya untuk mengelakkan " stroke"

Ulser Gaster

Sakit di ulu hati.Pedih di dalam perut.
Tekak rasa pahit ketika sendawa.
Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
Seram sejuk. Perut rasa pedih. Berlaku cirit-birit atau sembelit.

Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

Barah

Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
Ketumbuhan (tumor) yang keras.
Keluar darah dan nanah.
Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.

Makan banyak sayur- sayuran.
Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
Kurangkan memakan daging merah.
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

Asma, Penat / Lelah

Pernafasan tidak lancar.
Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
Batuk terutamanya waktu pagi
Bertambah tenat selama 2 - 3 hari.
Kadangkala muntah. Keluar kahak.

Kurangkan pengambilan makanan mentah dan minuman sejuk.
Jangan kerja keras.

Batu Karang

Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
Bertambah sakit. Air kencing berkapur.
Kencing berdarah.

Jangan menahan kencing.Kurangkan makanan berkalsium. Meminum air teh daun misai kucing

Jerawat

Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
Biji-biji di muka mengandungi nanah

Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
Tidur yang cukup. Tenangkan perasaan.

Sakit Buah Pinggang (ginjal)

Seluruh badan terasa letih. Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak. Sakit tapak kaki pada waktu ppagi.
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil. Kerap buang air kecil.
Sakit di bahagian pinggang. Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.

Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis

* Rujuk Pesakit Buah Pinggang.
Seluruh badan terasa letih.Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.Sakit tapak kaki pada waktu pagi.
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.

Buang air kecil lebih lancar.
Selepas 3 - 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan.
Selepas sekurang- kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih.
Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang

Badan Berasid Tinggi

Badan sentiasa berasa panas
Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
Mudah letih dan kurang bersemangat
Selalu berasa mengantuk.
Badan menjadi panas.
Rasa dahaga.
Air kencing berwarna perang.
Kerap kentut.

Hepatitis A, B & C

Badan lemah. Demam.
Air kencing berwarna kuning perang.
Najis berwarna putih. Mata, muka dan kuku berwarna kuning.
Muntah. Perut rasa sesak. Kurang selera makan. Sakit-sakit sendi

Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan.
Jangan kerja teruk selama dua bulan.
Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.

Neurosis (Sakit jiwa ringan)

Selalu rasa bimbang dan was-was.
Hilang konsentrasi. Menjadi pelupa
Mudah letih dan kadangkala tangan menggigil.
Sukar tidur pada waktu malam. Cepat marah
Di peringkat awal, sakit / tegang kepala.

Tenangkan perasaan dan ambil mudah dalam masalah harian
Jangan banyak merancang dan berfikir . Lakukan senaman ringan dan beriadah

Insomnia (Sukar tidur malam)

Insomnia terjadi disebabkan terlalu bimbang
Neurosis juga menyebabkan insomnia
Selalu bermimpi sehingga menganggu tidur.
Peringkat awal tegang kepala

Tenangkan perasaan sebelum tidur .Jangan paksa tidur.Gunakan teknik bau- bauan(Aromaterapi). Jangan Makan 2 jam sebelum tidur

Resdung

Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
Kurang deria bau (hidu)
Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
Hidung cukup sensitif / alahan.

Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan. Tidak membela binatang peliharaan. Kurangkan pengunaan karpet di rumah. Kurangkan pengambilan makanan laut dan belacan.

Anemia (Kurang darah)

Selalu pening kepala
Tangan dan kaki menjadi sejuk
Muka pucat dan Badan lemah
Keluar darah dari hidung. Pening kepala
Permakanan perlu seimbang dan tambahkan makanan berzat

Mandul

Rahim tidak subur (sejuk)
Saluran uterus tersekat atau tersumbat
Sperma kurang atau lemah (lelaki)
Keluar banyak darah haid berwarna hitam.

Jalani ujian pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor

Psoriasis (Penyakit kulit)

Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati)
Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.

Tenangkan perasaan. Senangkan hati dan jangan banyak berfikir
Selalu bersihkan kawasan persekitanran jangkitan.
Berjemur dan Kurangkan membasihi tempat jangkitan. Kurangkan pemgambilan makanan laut

Kaki busuk (Hongkong Foot)

Disebabkan serangan fungus (kulat)
Mudah terjadi semula.
Selalu berlaku perasaan terganggu.
Terasa gatal-gatal.

Tenangkan perasaan. Sering tukar sarung kaki.
Gunakan kasut yang mudah di masuki angin. Sapukan bedak berubat.

Beguk (Gerondong)

Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin
Makan banyak dan kerap.Pembengkakan kelenjar liur. Pipi bengkak dan demam.

Permakanan seimbang. Sapukan Cuka yang telah dicampur nila.

Sawan (Penyakit Tarik)

Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang.
Menjadi tarik secara tiba-tiba. Kekejangan. Mulut berbuih.


Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan.
Pesakit tidak boleh melakukan tugas- tugas yang merbahaya. Tidak digalakkan membuat aktiviti di kawasan berair dan tempat tinggi . Tenangkan fikiran, jangan tidur lewat. Perlu mengambil ubat dan mengikut nasihat doktor.

Kulit Pecah-pecah dan Berair Bisa

Disebabkan badan berasid / beracun, darah kotor, kencing manis

Kurangkan makanan berjenis daging merah dan
banyakan makan sayur.

Luka Dalaman

Luka dalaman menyebabkan pengaliran darah tersekat
Jika tidak dirawat, menyebabkan sakit urat saraf, sakit sendi, darah tinggi, sakit buah pinggang.
Sengal dan sakit di bahagian yang luka
Rasa panas di bahagian yang sakit
Kadang-kadang kencing berdarah atau berwarna perang.
Pengambilan jus mengkudu boleh mengurangkan luka dalaman.

Kurangkan pengambilan makanan yang keras dan lambat hadam.

Selepas Pembedahan
Rasa sakit di bahagian yang dibedah.

Tidak melakukan aktiviti lasak.
Pengambilan Jus mengkudu dan ikan haruan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan.

Meroyan (Selepas bersalin)

Disebabkan fungsi badan tidak seimbang selepas bersalin
Tekanan perasaan.
Menjadi histeria seperti dirasuk hantu
Kadang-kadang disebabkan darah nifas tidak habis keluar.
Mengantuk. Badan rasa sakit. Darah nifas keluar habis-habisan

Perasaan menjadi tenang selepas dua minggu.
Keluarga beri perhatian lebih untuk menenangkan perasaan pesakit
Jangan disangka pesakit dirasuk hantu. Makan makanan berkhasiat.

Terlalu banyak makan ubat Barat

Fungsi badan tidak lancar
Kesan sampingan yang mengancam kesihatan
Ruam dan bintik merah, mungkin gatal
Mulut pecah bahagian dalam bibir, gusi, lidah
Hati menjadi rosak.

Alkoholik (Ketagih arak)

Selalu sakit kepala
Dengutan jantung semakin cepat
Perut dan dada terasa sesak dan ketat
Minum arak boleh memusnahkan sel-sel hati dan otak.

Selsema

Berhingus dan Sakit tekak yang ringan . Bersin dan mata berair. Kurangkan mandi ketika diserang selsema . Ambil Vitamain C

Sembelit

Pembuangan air besar yang jarang-jarang
Najis kering dan keras. Kerap kentot . Rasa sakit bila membuang air besar.


Tambahkan pengambilan makanan berserat. Minum air secukupnya. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Gastrik

Sakit ulu hati dan Pedih didalam perut.
Tekak rasa masam ketika sendawa
Seram sejuk dan Berlaku cirit-birit atau sembelit

Makan pada waktunya. Jangan berlapar.

Gout

Sakit berdenyut pada sendi
Sendi kemerahan, membengkak dan terasa panas
Sendi menjadi sakit dan terasa panas.

Kurangkan pengambilan makanan laut.

Sakit Kuning

Berasa panas dan demam
Sengal-sengal badan Badan lebih panas
Air kencing berwarna keruh.Meloya.

Selalu Termenung atau Murung
Gaji ngan OT lambat masuk :)

Wednesday, January 16, 2013

Nadim Dah Sekolah

Salam.. Minggu nie agak rajin sket nak menulis.... actually posting nie dh lama terperap dlm inbox... hampir 2mggu dh... Nadim pun dh skolah 2minggu pun... so far so good.... tp yg penatnya mamanya nie yg tiap2 hari kena cuci baju dan kasutnya... Budak lelaki biasalah mmg kotor ler kasut dan bajunya... pesan tiap2 pagi pun tk masuk telinga.. huhhhhh sibbaik baju sekolah beli 4pasang dan kasut ada 2 pasang.. so boleh ler tukar hari2....

Ok... kali ni Mama nk citer kt u all semua kronologi Nadim masuk skolah.. heheheh

29 Dec 2012- Sabtu
Hari orientasi Nadim…. Orientasi start jam 8.30pg…pagi2 dh bangun dah nie.. solat subuh dan siapkan Nadim serta Zafril ler… sempat ler minum pagi sat…. pakaikan nadim dgn uniform skolah.. wah encem ler anak mama nie .. nadim pun excited gak … tk sabar nk pie skolah katanya…. Nadim belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1, Gombak Selangor...

Nie Sekolahnya...di Jalan F3, Taman Melawati

Nadim dgn uniformnya.. Encem tak? Heheheh

So smpi terus cari kelasnya… yealah nk kena amek ujian dulu kan… kami sampai agak lambat sket.. sib baik ler cikgunya baru mula nk panggil nama murid… bila nama ARIFF NADIM disebut.. nadim dgn pantasnya mengangkat tangan sambil kata “Saya cikgu”… wah bangga sekejap mama dia nie.. wuhaaaaa...........

So bila ujian dimulakan mama asyik pesan jerk at dia.. baca Bismillah dan doa dulu sblm menjawab kertas ujian tu…. Dia dgn selamba membaca doa dan mula buat ujian… yg bestnya selang 10 minit dia dh angkat tgn kata dah siap… terkejut gak papanya (masa ni papanya yg tggu sbb mama bwk sikecik zafril minum susu.. mengamuk nk tidor).. berulang2 papanya kata check betul2 sblm antar… pastikan smua soklan dh jawab… tgk ejaan betul2… Nadim dgn confidentnya kata.. ‘Dah”… malas papanya nk layan terus kata… ok pie antar kat cikgu… Nadim dgn bangganya bangun dan submit kertas ujian tu… tak sampai 5minit.. cikgu dia panggil dia kembali… kata ada 1 page nadim tk jawab lagi.. haa masa tu papa dia sudah mula nk marah ler….. mula ler membebel kata.... Tgk soklan satu satu.. semua jawab tak… dh siap dan pasti semua jawab baru antar ke cikgu… mama sengih ajer ler bila papa bercerita…. At least mama tahu anak mama nie bijak Cuma agak kelam kabut sket orgnya… hehehehe

So lepas habis semua dlm kul 10pm tamat lah sesi orientasi tu… mama pulak pie beratur tuk membeli buku sekolah… pjg que nya.. tp cepat jer setiap org kt kaunter… mmg efiksyen… mama like…Begitulah cerita hari Orientasi nadim… huhu


2 Januari 2013- Rabu
Jam 6am Nadim sudah terjaga dr tido… mgk sbb mmg nadim dh terbiasa bgn waktu tu… sbb mamanya pun kul 530 dh bangun kan… mama mandi dan siap2 dulu baru suh Nadim mandi… lepas dh siapkan Nadim dan solat subuh… mama kejutkan plak papanya… hari ni mama dan papa cuti sbb nak antar Nadim sekolah… first day lah katakan.. huhu agak seronok sket n plus Nadim pun bersungguh nk pie skolah… arinie ajer boleh ibu bapa masuk skolah… esok lusa dh tak boleh masuk skolah dhhhhh….

Kami smpi skolah agak cepat gak ler.. so suruh nadim terus pie kelasnya…. Harini ada perhimpunan di dewan sekolah… hamper 2jam gak ler perhimpunan tu… boring sehhhh.. teringat zaman mama bersekolah dulu.. kalu boleh nk lari ajer masa perhimpunan…letih dan penat berdiri nie… tp sib baik skolah nadim boleh kasi duduk…. Tp kotor ler sluanya kan.. muhaaaa slpas perhimpunan… masuk kelas balik… cikgu just memperkenalkan dirinya dulu… tk sampai 15 minit dah waktu rehat.. masa nie agak mencabar sket sbb nk ajar nadim membeli makanan di kantin….. almaklum ler mama tk pernah kasi duit kat Nadim tuk beli apa2 pun… semunya mama yg beli… so bila kasi duit tu dia tk reti nk nilaikan duit tu brper… parah ler… akhirnya papanya belikan nasi goreng dan nugget 2 ketul… mahal gak ler harga makanan kt kantin skolah Nadim nie… duit belanja RM1 tk cukup daaaa… mahu kena kasi RM2 tu… botak kepala mama.. muhaaaaa nampaknya mama kena kasi Nadim bekal ler… sbb nk membeli kt kantin, ramai giler murid2 nya…. Takut Nadim tk sempat nk beli makanan plak… baik mama kasi dia bekal ajer… lepas rehat dia masuk kelas balik… then mama dan papanya serta zafril balik dulu… kami ada urusan lain sat… nanti kul 1230 kami dtg balik ler amek dia… Nadim ok jer bila kami kata nk balik… he very good boy… I love him so much… huhuh

Kul 12.30 kami dh terpacak kt pintu pagar tu… mama cuba mencari kelibat Nadim dlm ramai2 murid darjah 1 yg kt tepi pengawal keselamatan tu.. semuanya menunggu kehadiran parents masing2 tuk amek depa… lepas tu tanpa sedar Nadim dtg menerpa mama… dgn gembiranya peluk mama… wah berseri2 wajah nadim.. seronok sggh dia kat sekolah tu… Alhamdullilah Nadim boleh berdikari sendiri.. tk menangis dan pandai bawa diri. Begitulah ceritanya adim di Hari pertama persekolahan nya…

Hari Khamis dan Jumaat… mama tk cuti, just papa ajer cuti.. so dialah yg handle nadim… pagi2 mama ikut papanya antar nadim ke sekolah.. lps tu antar si Zafril kerumah In-Law.. the  baru papa antar mama ke opis…. Tk ada yg menarik sgt sbb hari kedua n ketiga nie.. Nadim rileks aje rpie sekolah… mama just antar dmpi dpn [into pagar dan dia pie sendiri kelasnya… emmm mama really bertuah sbb kurniakan anak yg bijak…aminnnn

Oklah… pjg dah mama nenaip nie.. letih mama nk ingat kembali saat2 tu tuk di kongsikan dgn anda semua.. kpd anda yg turut sama melalui detik2 indah menghantar anak2 sekolah terutama first time cam mama ni.. mama pesan  biarkan anak kita berdikari… jgn terlalu mendesak dia.. biar dia buat dgn rela hati.. huhu

Ok shgg jumpa lagi… adiossss…

TT Mega CR 2012 @ Putrajaya 13 Jan 2013

Salam pg selasa....
camner mood ari nie? hopefully ok ler... sbb monday blues dh lepas kan.. heheheh
actually smlm mama nk post artikel nie... tp tk sempat la... dan mood tk best ler..
masih terasa penat sbb last weekend hari Ahad pie TT Mega CR 2012 yang diadakan di
Kelab Sukan Air Presint 6, Putrajaya...

TT nie diadakan untuk mengumpul ahli2 EOCM dr jajahan Central Region iaitu KL, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan... lebih kurang dlm 100bj pesawat gak yg turun padang memeriahkan TT Mega CR nie.. mmg riuh rendah kami semua di kawasan tu.. bayangkan 100bj pesawat dgn family lg.. mau dekat 400 org yg ada kt situ ari tu... fuhhhh mmg hapenning ler... hehehehe

Mama seperti biasa dtg dgn hubby and 2 hero mama yg comel2 tu... Nadim dan Zafril...
yg terujanya si Nadim ler... dr malam sblm pie lagi duk sibuk ckp.."Mama esok kita pie jln2 dgn EOCM yea. Bestnya"... yg si adik Zafril menyampuk ler... "bestnyaaaa" huhhhh geram bangat... hehehhe

Pagi2 kul 6am si Nadim dh bgn... mmg Nadim dh biasa bgn waktu tu... so weekend pun dia bangun sama gak... kadang2 tu jd alarm mama dan papanya bgn pg tuk solat subuh.. so sweeettttt

Spt biasa mama akan mandi dan solat dulu sblm kejut yg lelain... nadim mandi dn bersiap.. lepas tu sorang demi sorang ler.... mama lps tu sibuk goreng nugget dan drumnet tuk dibawa bekalan tuk anak2 mama...
kt sana depa mmg sediakan makanan ler... cuma mama sajer jer nk bwk bekal tuk anak2..
almaklum ler anak2 mama nie susah sket nk mkn..

Kami kuar umah agak lewat sket dlm kul 815am…. Dlm perjalanan ker putrajaya tu hujan gerimis jer… kami tk ikut konvoi sbb kami dr Melawati… depa berkonvoi dr Bangi..
So bertemu di Masjid Putrajaya jer… bila smpi kt masjid tu, hujan makin lebat…
Aikkk camner nie? Hujan lebat ler… apa plan depa nie? Kalu hujan cengini tk ler ler nk wat outdoor aktiviti kan.. kena wat indoor… tp by time menunggu pesawat dr group lelain spt krabat, vip, ganazzz so hujan pun benti…. Dlm kul 930 semua pesawat bergerak secara konvoi menuju ker Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya…

Smpi sana kami cari port tuk bentang tikar ler… skali ada plak kawasan yg berpasir ala2 tepi pantai gitu dgn pepohon kelapa melambai… sejuk dan nyaman lebih2 lagi baru lps hujan kan..
Ada plak tepi pasir tu ada kolam mandi yg disekat dr tasikh putrjaya tu… mmg nice ler terutama anak2 mama yg excited tgk air… apa lg tk sabar2 depa berdua nk berkubang… maka ramai2 ler ibu bapa mengeluh sbb tk bawak pakaian tuk mandi kt situ… si Nadim dan Zafril pun sama ler.. mama cuba bawak baju dan jeans lebih ajer tuk tukar kalu2 masa telematch baju kotor kan… tp dh nmpk kolam  tu lupa dh telematch… sibuk mandi kan…si Zafril plak nk gak turut serta… sib baik ler kasi lepas dia main sendiri… main2 kt tepi ajer.. tk dlm sgt ler… Zafril nie takut sejuk.. so takler dia nk berendam cuma berdiri ajer.. air pun just paras betis dia jer.. suka ler.. huhu

Lepas berucap dan makan2 mulalah telematch.. mama just tgk dr jauh jer… nk join tk dpt sbb duk sibuk tgk hero2 mama mandi ler.. risau plak takut terlepas pandang si nadim or zfril terlepas dr kolam buatan tu masuk ke tasik.. parah ler… tasik tu dlm… risauuuuuu…

Tk lama lepas tu.. zafril dh kepenatan agaknya… lepas tu dgn sejuk lagi… mata Nampak dh kuyu jer.. ngantuk ler tu…. Mama kasi dia baring atas paha mama dan sumbat susu… lenaaaa penat sgt la tu … masa tgh zafril tido nie ler mama amek peluang join telematch… ahaksss mkn epal dgn pasangan… alah yg mkn epal tergantung tu lepas tu gigit epal sama pasangan… so lucah kan.. sbb silap2 tercium plak…bukan gigit epal.. muhaaa… ok gak mama dpt habiskan epal tu Cuma tk menang jer… ada pasangan yg lagi cepat.. huhu
Atleast mama dpt merasa ler main telematch kan… dari pada duk terperap kt situ.. zafril ada member mama tlg tgkkan.. huhu

Dlm kul 1pm.. TT nie berakhir… mama dh rasa penat dan zafril dh mula meragam ajak balik… tk smpt mama nk berpeluk cium dgn moksu eocm sbb dh zafril mengamuk… mama terus pie ke parking keta… hubby dh tggu… mama pun  sumbat zafril dan nadim dlm keta… zafril amek bantal busuknya dan bear yg mmg kehulu ke hilir bwk Cuma tk bwk turun dr keta ler… dgn sebotol susunya… baring di seat belakang… dahaga kut dan penat agaknya mandi kolam…
Dan Nadim plak pie baring seat blkg skali… oklah tu sorang satu tempat… sib baik 2 org jer… kalu 3 org anak mama mahu kena beli Alphard nie.. muhaaaaa

Itulah cerita sepanjang TT CR yg mama pie tu… mmg seronok giler.. then dpt jumpa moksu yg giler2 gak… mmg happening.. heheheh

Nie ada gmbr semasa TT nie.. enjoiceeeee













Ok jumpa lg dilain masa… adiosssss..

Tuesday, January 15, 2013

Foto : Manis Dato' Siti Nurhaliza Bertudung litup

Just nk share yea... ada posting yg tgh update.. so nie just teaser tuk ari nie ler... huhu
mama cukup gembira bila akhirnya Dato Siti telah terbuka hatinya untuk bertudung penuh..
sempena hari lahirnya yg ke 34 thn.. beliau dgn nekadnya membuat perubahan dgn berhijrah
mengenakan tudung sepenuhnya... harap perubahan nie kekal hgg ke hjg nyawa lah hendaknya...aminnnnnnnnnnnn

so skang ni mama mengharapkan beliau berubah secara perlahan2 untuk mengubah cara pemaikaiannya pulak.... bila dh bertudung litup nie cubalah memakai pakaian yg tidak menampakkan susuk tubuhnya..
nanti ada yg kata bertudung tp masih bertelanjang...paham2 ler maksudnya yea... huhuhu

Smg penghijrahan nie membuka peluang rezeki yg lebih luas utk beliau... blh ler buat konsert islamiah ker kan.... tentu ramai yg akan hadiri.. heheheh

Sempena Hari Lahir Dato' Siti ke 34 thn (uik muda 1thn dr mama jer) mama ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur, Dilapangkan Rezeki dan Dikurniakan zuriat yg comel dan menjadi ibu yg penyayang kpd anak2nya kelak... aminnnn

Jom layan foto Dato' Siti manis bertudung.... so awesome!!!!!

Screen Shot 2013-01-13 at 10.48.43 PM
Semasa menyabut hari kelahiran beliau ke 34thn

Siti Nurhaliza Bertudung-6
Bersama kak iparnya merangkap pengurus peribadinya kak Rozie

Siti Nurhaliza Bertudung-2
Foto dr Instagram beliau

ROTIKAYA_121 Gambar Sekitar Resepsi Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha Di Damansara - ROTIKAYA
Dimajlis resepsi Khairul Fahmi aka Apex dan Leuiney Natasha di Hotel Royale, Damansara

adiosssssss

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Salam 1 Malaysia.... pejam celik pejam celik akhirnya kita sudah smpi ke hari terakhir didlm tahun 2012... cepat sggh msa berlalu.... rasanya baru semalam kaki melangkah ke tahun 2012.... hehehehe


yang pasti bila smpinya thn baru maka umur kita pun makin meningkat naik.. ada ker yg makin berkurang? huhuhuhu... mama pun sedar tk sedar Nadim akan mula bersekolah kebangsaan Darjah 1... dh besar dh anak mama nie... mggu lepas antar orientasi nampak dia begitu teruja jer.... mamanya lagi excited.. almaklum ler first time anak masuk skolah betul2 kan.. segala persaipan untuk Nadim telah disediakan... buku2 pun sudah dpt dan buku rampian sudah dibeli.... Nadim suka benar duk asyik nk tulis namanya kt buku rampaian tu... excited maaaaa...

nampaknya bermula tahun depan mama kena plan tuk bercuti2 nie hanya masa cuti sekolah jer ler... sblm nie rembat ajer nk pie mana2 sbb tk risau sgt anak blum skolah just tadika jer... masa tadika boleh ler ponteng kan bila dh skolah kebangsaan nie mana boleh nk ponteng2. buruk plak prestasi anak mama nanti... hehehe
rasanya thn depan mgk agak kurang ler aktiviti2 percutian nie... sbb kalu nk bercuti kena pie cuti skolah ajer, yg pasti masa tu mmg ramai giler ler org kan... tk syoikkkkkk... huhuhu tp mama rasa ada kut sehari dua nadim ponteng skolah tuk mama angkut dia pie holiday.. muhaaaaaaa

oklah sempena tahun baru 2013 nie mama ingin mengucapkan...

Happy New Year
My wishes for you my friend..........
Great beginning for Jan Love for Feb......
Peace for March No worries for April.....
Fun for May Joy for June & July............
Achievements for August...........
Harmony for Sept..........
Good fortune for Oct & Nov...........
Happiness for Dec.......



apa azam tahun baru anda? huhuhuh


Friday, December 28, 2012

Tak ada citer.. just nk update jer...

uikkkk lama bebenor mama tk update blog nie... almaklum ler sibuk sgt sbb pindah umah dan uruskan umah utk disewakan.... penyewa dh ada dh... mama nk elok2 kan sket apa2 yg kureng ler.. huhu

so hari ni mama just nk menyemak skejap jer... mai nk citer ler yg Khairul Fahmi aka Apex 23, telah selamat menjadi suami kepada Leuniey Natasha 21, dengan sekali lafaz jer... majlis pernikahan diadakan di rumah Leuniey sendiri di Tumpat Kelantan.... majlis berlangsung pada jam 10 pg tadi ...
wang hantaran plak.. mak aiii tk ingat byknya iaitu RM19,000...
byk duit apex nie yea... berkat rezeki nk kawin nie kan...
mereka memakai pakaian color cream rasanya ler..
kalu tgk gmbr kt bwh nie la kannnnnn

sggh comel depa berdua.. sama cantik sama padan... dua2 putih berseri... pasangan yg sgt muda... senyum lebar depa berdua nie yea... cuba u olls tgkkk... bahagia sungguh depa kan.... Alhamdullilah...


Dikesempatan ini mama ingin mengucapkan Selamat Pengantin baru dan semoga kekal ke akhir hayat HendakNYA.... smg dikurniakan anak2 yg comel2 dan kiut miut cam depa berdua... huhu



Khairul Fahmi & Leuniey Nikah_OHBULAN-17

Khairul Fahmi & Leuniey Nikah_OHBULAN-2

 Khairul Fahmi & Leuniey Nikah_OHBULAN-3


 
nk tahu citer lanjut leh ler pie SINI

SELAMAT PENGANTIN BARU
APEX & LEUNEIY

Monday, December 3, 2012

YEG4 di Penang - Part 1

Salam...
Lama dh nk post pasal YEG4 EOCM nie... tp tk berkesempatan utk membuatnya.. busy sesgt nie... pantang ada masa sket, mama sibuk mengemas brg2 masuk kotak.. nk pindah hujung mggu nie... tu yg tk berkesempatan tuuuu..nie tgh bos tk ada kuar pie meeting, mama pun ngarang lah ye... hehehe

Kita mula dr sini yea....

24 Nov 2012 @ 12.00am
Masa nie mata tgh stim ajer... sib baik ler dpt tidur sat.. dpt ler 2jam... 11.30 dh bgn2 kejut hubby siap2 nk berkumpul di Tesco Ampang.... Nadim spt biasa mmg susah tidor...bila kami bersiap2 dia dh bangun.. tk sabar nk pie.. yg zafril plak mmg tido lena ler... mama angkat dia naik keta.. smpi dkt Tesco dia dh jaga.. leps tu tgk byk keta Exora.. bukan main suka dia lg... 'ma..nyaknya ejora'.. dlm pelat zafril ckp.. so sweet.. hehehe lama gak kami tggu nk berangkat nie... lebih kurang kul 1am baru memulakan perjalanan... ada lebih kurang 25buah exora dr group 3G... masa tu ada gak terserempak dgn group lelain spt Ganazzz, Krabat, VIP masa kami berhenti rehat di Tapah tuk mandi dan solat subuh... huhu

Dalam kul 9.30am kami smpai di Autocity Juru Penang. Masa nie semua exora dr setiap region iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat berkumpul sebelum memasuki Penang. Hampir 200 buah kereta semuanya... mmg cantik tersesusun di Parking lot AutoCity tu.... sementara menanti marshal dtg tuk iringi konvoi kami memasuki Penang... kaum2 ibu duk melepak smbil cit cat... lama bebenor tk jumpa masa nie ler duk borak sakan.. hehehehe

Lebih kurang kul 12pm.. semua pilot2 exora sudah bersedia tuk berkonvoi masuk ke Penang dan diiringi oleh marshal... masa nie agak kelam kabut sket konvoi nie... almaklum ler bdr Penang agak sibuk masa nie... ramai yg terputus konvoi dan akhirnya tersesat tk jumpa hotel.. termasuk ler mama n family... huhu
my hubby dh panas dh nie.. lebih2 lg cuaca pun panas berdenting kt luar tu... pusing punya pusing still tk jumpa Hotel Rainbow Paradise Resort... ada gak 4 biji exora yg follow mama.. huhu perut dh lapar nie jgn ckp la kan.. bekpes pun ala kadar jer.. sbb kami mmg dh order nasi ayam dr penang.. hehehe

hampir 30 minit ronda2 akhirnya kami jumpa gak hotel tu... smpi kt situ tgk dh byk exora yg parking... kami nie agak terlewat sket.. hehehe.. parking agak jauh dr hotel... nk check in blum masanya lg.. so my hubby kata tggu nasi ayam spi dulu baru gerak pie hotel...tgh tggu punya tggu, skali hujan plak... duduk ler kami dlm exora.. tk lama lps tu nasi ayam smpi plak.. apa lg kami menjamu selera dlm exora ler.. heheheheh

Lepas mkn nk pie ler hotel.. hari masih hujan lg.. my hubby kata biar dia drop mama dan anak2 di hotel dgn brg2 lepas tu dia try carik parking kt hotel tu... hehehehe skali smpi kt lobby hotel, bkn main ramainya org kt situ memanti tuk check in... yg paling teruk skali bila nk check in kena q pjg giler... hampir 2 jam gak kami menunggu.. akhirnya dpt masuk dlm kul 4pm... anak2 jgn ckp ler.. dh penat agaknya mengamuk sakan ler.. huhu

Sampai jer bilik... yg penting skali nk gosok baju tuk dipakai mlm nie... ada Gala Dinner for EOCM...group 3G just pakai tshirt jer... color pink lagi tu... awwwww.. ahakssss.. oh yea bilik yg kami amek ialah 1bedroom suite... besar dn selesa.. ada pantry lg tu... tk masak pun.. masak air jer.. hehehehe

sempat gak ler kami tidur sat sblm pie dinner tu... sedar2 dh kul 6.30pm.. apa lg kelam kelibut ler memasing bersiap2.. sib baik dh mandi dulu td... heheheh lps maghrib dlm kul 730pm baru kami turun menikmati dinner tu... kali nie aktiviti2 dilakukan selepas makan mlm... maknanya semua mkn dulu then kul 830 baru event start.. so masa event berlangsung tkder ler makan2 just kopi ajer yg ada.....

Baru duk 10 minit... si nadim dh ajak naik atas.. boring ler tu sbb tk dpt nk main psp... so mama pun naik ler sat... pie amek psp ler.. lepas tu baru ler si nadim nk duk tgk event tu... mama pun sbnarnya ngantuk tp layan gak ler... hampir 30 minit duduk.. si zafril plak meragam.. mgk nk tido rasanya.. jam pun dh merangkak ke pukul 9.30 mlm... mgk letih semalam suk dlm keta agaknya... mama pun minta izin dr kwn2 mama yg ada tu nk naik ke bilik.. frust gak tk dpt nk tgk smpi habis.. thn lps pun sama ga.. apa boleh buat ada anak kecik kan.. kalu dh besar mau smpi ke tgh mlm baru mama naik bilik.. hehehehehe

begitulah ceritanya... nantikan episod ke-2 yea... tk larat nk taip dh nie... lgpun nk bersiap tuk pulang ke rumah dh nie.. kt luar hujan lebat plak.. huhu

sblm mama menutup tirai jom tgk foto2 yg mama sempat amek semasa hari pertama di Penang.. huhuhu














adios....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!