Monday, May 28, 2012

Hoore Hoore!!!




Salam hari Isnin... sggh tenang jalan raya pagi nie.. tk ada jammed pun.. smooth ajer keta meluncur di jalan raya... mama pun sampai awal opis dlm kul 8am.... mmg awal sgttttt.. huhu

sepanjang cuti hujung minggu lepas.. mama byk habiskan masa bersama family mama ajer...masak lauk kegemaran mama dan makan bertambah2 dgn my hubby... sedap ler tu... sabtu hari tu masak lemak ketam dan ahad sambal udang petai.. mmg kegemaran my hubby ler... makan pun berselera bangat...lepas makan tgk tv ajer.... mcm2 citer kami tgk...

dlm asyik tgk tv tu.. mama tertarik dgn movie trailer Hoore Hoore!!!... nampak best sgt smpi mama tergoda tuk tgk... tp skang nie nk tgk movie kt cinema jgn harap... apa org kata dlm mimpi ajer.... ahaksss
so mama tgh tggu movie tu masuk astro first ajer ler.. leh tgk byk kali kan.. and plus leh tgk dgn anak2 mama skali.. tentu lagi fun.. ahaksss... jahatkan mama nie... heheheh


Sinopsis Filem Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini akan menemui penonton pada 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!