Monday, May 28, 2012

Hoore Hoore!!!




Salam hari Isnin... sggh tenang jalan raya pagi nie.. tk ada jammed pun.. smooth ajer keta meluncur di jalan raya... mama pun sampai awal opis dlm kul 8am.... mmg awal sgttttt.. huhu

sepanjang cuti hujung minggu lepas.. mama byk habiskan masa bersama family mama ajer...masak lauk kegemaran mama dan makan bertambah2 dgn my hubby... sedap ler tu... sabtu hari tu masak lemak ketam dan ahad sambal udang petai.. mmg kegemaran my hubby ler... makan pun berselera bangat...lepas makan tgk tv ajer.... mcm2 citer kami tgk...

dlm asyik tgk tv tu.. mama tertarik dgn movie trailer Hoore Hoore!!!... nampak best sgt smpi mama tergoda tuk tgk... tp skang nie nk tgk movie kt cinema jgn harap... apa org kata dlm mimpi ajer.... ahaksss
so mama tgh tggu movie tu masuk astro first ajer ler.. leh tgk byk kali kan.. and plus leh tgk dgn anak2 mama skali.. tentu lagi fun.. ahaksss... jahatkan mama nie... heheheh


Sinopsis Filem Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini akan menemui penonton pada 2012.

Friday, May 25, 2012

Renungan Pagi Jumaat : 13 Perkara Wanita perlu jaga


Salam pagi jumaat... bestnya dh hari jumaat yea.... hehhe
Tk ada apa nk ceritakan pun, mama just nk share artikel yg mama terima dr kwn mama melalui email opis.... mg amat sesuai sgt kita kaum wanita terutamanya ambil tahu atau ambil berat ttg perkara ini... mgk kita terlepas pandang atau sengaja melakukan perkara2 yg amat dilaknati oleh Allah swt... sama2 la kita menjaga dan berubah menjadi yg lebih baik serta diredhai oleh Allah swt... InsyaAllah

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Selamat beramal!!!!

Thursday, May 24, 2012

Nadim & Zafril selesema berpanjangan

Salam...
Kali ni mama nk share mengenai penyakit yg kerap dihidapi oleh kanak2 malah orang dewasa cam kita  juga... hero2 mama, nadim n zafril skang nie pun kena selesema... kadang2 sampai batuk... yg paling teruk nadim yg selesema berpanjangan hingga 2 bulan lamanya....
ubat tu dh jd makanan rutin buat nadim..

setiap pagi sebelum pie sekolah dia kena makan ubat selesema dulu...then sebelum tidur kena make sure dia makan ubat gak... kadang2 tu kesian gak tgk nadim sampaikan kalu mama terlupa nk kasi ubat, dia akan ingatkan.. "mama, ubat blum mkn lg".. huhu

zafril plak...dlm sebulan tu mesti dia akan kena selesema 3/4 kali.... kesian tgk dia...nk kata sejuk sgt tk jugak.. skang nie musim panas still kena selesema gak... camner tu? pening dh kepala memikirkannya...
peti ais mama tu satu compartment penuh dgn ubat2 depa berdua nie....sampaikan hubby mama kata rumah kita nie dh jd klinik...mcm2 ubat ada... huhu

mama pun search ler kat google carik2 penawar untuk menghentikan selesema...jumpa ler petua nie...
mama nk try balik nie... harap2 boleh sembuh la... Insya Allah dgn izinNya... harap2 berjaya ler...



Kunyit

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.
gambar kunyit hidup

2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.
---------------------------------------------------------------------------



scott emulsion yang berwarna putih
minum 1 sudu besar 2 kali sehari....

balik nie mama nk try tuk hero2 mama....
adiosssss


Wednesday, May 23, 2012

Foto2 Holiday YusryLisa & Honeymoon SchAwal

Salam...
lama bebenor mama tk menulis nie... sibuk sket la.... mama just sempat membaca dan melayari blog2 hiburan kesukaan mama sepeti Rotikaya, Oh Bulan dan Budiey.... dlam byk2 cerita dan gosip yg kuar...
mama lebih berminat dgn kisah honeymoon selebriti yg mama minat iaitu Yusry Lisa and SchAwal....

so sweet tgk pasangan nie... Yusry & Lisa pie singapore tuk cuti hujung minggu lepas... so romantik.. jeles mama tau.. muhaaaaa

SchAwal plak pie honeymoon ker New York... so lovely place... mmg depa berdua nie secocok sggh
sama cantik, sama tinggi, sama comel dan sama2 nakal.. muhaaa..

jom tgk foto2 yg mama amek dr blog serta FB mereka.... enjoice....

Yusry & Lisa @ Singapore








SchAwal @ New York






adiosssss

Friday, May 18, 2012

Tip : Pesan Nenek - Petua Rumahtangga

Salam hari Jumaat!!!! Nk share ajer dgn korang petua yg mama dapat dr email opismate!!!...check it outtttttttt

Petua rumahtangga
Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang.InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.


Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).


Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu)

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.

Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah.

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain.apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita la, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cara beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagiseronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain 'menguruskannya'???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Selamat beramal!!!!!

Thursday, May 17, 2012

EOCM : Galeri Perfileman Finas

Salam...
lama bebenor mama tk menulis nie.... tk berkesempatan plus idea pun kureng skettt
so ari nie bos mama outstation.... free sgt ler skang nie...
entry kali nie mama nk citer pasal trip pegi Galeri Perfileman Finas di Titiwangsa, KL
nie pun pie dgn team Exora.....

kul 9pg dh kuar umah... terus pie Tasik Titiwangsa... ingatkan nk minum sat tp tk sempat
so berlapar ler kami.. just sempat minum secawan kopi kt umah ajer td....
kami org pertama yg sampai.... tk nampak pun lg member exora lain... selang 5 minit baru nampak
1 biji... lepas tu 3 biji... akhirnya dlm kul 10.30 baru 26 biji exora tersusun di tepi jalan..

lepas tu kami konvoi ramai2 pie Galeri FInas.... kami disambut oleh staff2 disana yg semuanya wanita...
sblm memasuki galeri tersebut kami semua bergambar dulu... dlm cuaca yg panas terik tegak atas kepala
kami disuruh bergambar... giler babas panasnya... sampai nk bukak mata nk tgk kamera pun tk leh...huhu
lepas tu baru ler kami masuk galeri tersbut/... masa nie sesi bergambar ler.... nk tgk gmbr2nya... hehehhe













Friday, May 11, 2012

EOCM Berkonvoi dr KL-Gold Coast Morib-Part 2

Salam pagi Jumaat... penghulu segala hari.... smg hari ini cerah sehingga ke petang...
jap lagi sure jalan sini sesak sbb sogo ada warehouse sale... dr smlm lg... parking bwh sogo full house... huhu.. mama pie gak ler lunch smlm... tp masyaAllah ramai sggh org bershopping... byk sggh duit depa yea.. heheheh... mama mmg niat nk pie beli bantal tuk anak2 mama ler... then singgap jap ler masuk kt warehouse sale tu... skali tgk punya ler pjg 'q' untuk membayar, terus mama kensel niat mama nk beli... mama kuar then pie kat floor baby & kids.

Ok...kita lupakan kisah tu... mama nk sambung cerita pasal konvoi EOCM...hampir 3 jam berendam di team park, si hero yg kecik zafril dh nampk letih... lgpun dia tk berapa suka sgt mandi pool nie.. sejuk dan mengeletar mama tgk... apa lagi mama pun bwk ler zafril naik bilik, yg nadim sambung main dgn papanya....
naik bilik tgk air masih tk ada lg.... panasnya hati mama nie... apalagi mama pun angkut baju tuk salin zafril kt toilet team park ler....

turun bwh mama punya ler cari toilet tuk salin zafril, tp tk jumpa2... panas dh hati nie... menyumpah2... terus pie jumpa hubby bebel2 kata air tk ada lg.... si zafril tgk papanya dlm pool, dia pun terkinja2 nk masuk ... then dgn mama pun turut serta.. hehehe

setelah jam hampir menunjukkan pukul 6.. hubby ajak naik sbb nk bersiap2 tuk pin dinner malam nie plak...
naik atas air masih lg tk ada... hati sudah panas nie... mama pun gosok ler baju tuk dipakai malam nanti... habis gosok baju still tk ada lg air.... sib baik ler anak2 mama n hubby dh bilas mandi kt toilet... mama pun lepas dh habis gosok baju, pie ler toilet bwh nk mandi ler kononnya... pie2 dh bukak baju2 smue nie... bukak paip, air yg kuar cam air kencing giler kecik, mandi setakat dpt basahkan bdn ajer... lepas 1 minit air tk kuar langsung... mula ler mama membebel nie...lap2 bdn terus naik bilik.... mama smbung mandi dgn air mineral yg mmg mama bwak dr rumah... mandi ler ala ala koboi jer.. huhu

Lepas maghrib kami bersiap2 tuk turun pie dinner......seperti biasa anak2 mama mmg tk boleh diam duk lama2 kt kerusi... sementara tunggu ucapan dr presiden dan vip2.. mama duk sibuk bawak si zafril berjalan2...mama pie kat kwsn lapang then lepaskan zafril berjalan, berlari.. suka bangat dia...
bila kata mula ajer makan.. mama apa lg kasi anak2 kt hubby, mama q ler... mama amek tuk hubby skali...
menu2 yg disediakan amatlah sedap... puashati ler dgn makanan yg disediakan...

spt biasa zafril tk leh duk lama2 ler... mama mkn cepat2 then bawak depa balik.. yg nadim pun keletihan agaknya sbb mandi kt team park td..... sebelum nk balik bilik tu sempat ler tgk persembahan dari ERUL AF9... dia bawakan 2 lagu ajer... hencem gak dia nie, tinggi dan putih melepak.. huhu...

Keesokkannya... bekpes dalam hujan lebat... ikutkan hati malas ajer nk turun.. makan ajer maggi yg ada tu...walaupun dlm khemah yg besar, disebabkan hujan lebat plus dgn angin membuatkan keadaan situ jadi air bertakung byk ler.. seperti biasa hero2 ku tk leh duk lama2... dh ajak berjalan.. yg nadim sibuk nk pie team park... jenuh mama terangkan yg skang hari hujan, team park tk bukak... dia tetap dgn kehendaknya nk pie team park... last2 my hubby kata pie bwk depa2 naik bilik... huhu... smpai di bilik mama ajak ler nadim berjakuzi... air dh ada kan.. apa lagi kita jakuzi ajer ler... seronok sggh si nadim n zafril dpt mandi dlm kolam jakuzi.. nadim siap kata.. mama beli ler kolam cam nie letak kat umah... ahaksss.. dia ingat murah ker nk beli jakuzi plus dgn besarnya nk letak kt mana... umah bknnya banglo.... sekadar apartment yg 850sqt tu ajer... nk letak kt hall.. muhaaaaaa.. heheheh..

hampir 2 jam gak ler mama n hero2 berendam dlm jakuzi.. my hubby sibuk dgn handy nya tu... hello.. roger2 ntha apa2 lagi ler sibuk dibulkan dgn walkie talkie tu.. muhaaaa.... kul 12pm bersiap siap tuk check-out plak... kami berkonvoi dgn team EOCM jajahan 3G.... ada dlm 13 kereta... kami berkonvoi dr Morib ke KL.... lunch kat RnR Nilai... lepas makan kami bergambar2 dulu sebelum berpisah balik ke rumah masing2.. ada yg kuar tol bangi, ada yg kajang, ada yg putrajaya.. hehehhe...

so peluk2 dan say babai ler.. jumpa lagi di lain masa... jom tgk lg foto2 mama, anak2, hubby dan geng 3G.. hehehehee













so.. esok pagi plak sebanyak 30 biji exora akan berkonvoi pie Galeri Finas. Nie atas jemputan Galeri Finas dimana menjemput kelab pemotoran menghantar wakil dan EOCM telah diberi mandat untuk menghantar 30biji.... salah seorg yg join adalah my hubby... so esok mama n family akan pegi ke sana.... nanti mama update citer tu plak yea... adiossss

Monday, May 7, 2012

EOCM Berkonvoi dr KL- GoldCoast Morib- Part I

Salam pagi isnin.... sejuk ajer pagi2 nie... almaklum ler hujan kan... tk silap mama hujan dr kul 2.30 pg lg kt umah mertua mama.... mlm td tido umah mertua... hubby cuti, nk jumpa ler ibu tercinta kan..huhu sib baik ler mertua duk tk jauh kan... dia cuti, mama keje ler... huhu



Entry kali nie mama nk share percutian mama dgn family mama ker Gold Coast Morib.. actually nie anjuran Exora Owner Club Malaysia atau nama glamernya EOCM... nie adalah sambutan ulang tahun penubuhan EOCM iaitu yg ke-4 thn... mmg meriah dgn penyertaan seramai 220 ahli iaitu 220 buah exora yg berkonvoi dr KL ker Gold Coast, Morib.... bayangkan ler bpr panjangnya konvoi tu sehingga 7km tau....



kalu ada sesiapa yg terkandas dalam jammed sbb disekat oleh trafik pagi sabtu lepas... mohon maaf yea... mmg pjg mama tgk jammednya... huhu... so kami berkonvoi menuju ke Gold Coast Morib dlm pukul 1130am... pukul 2.30pm baru smpi.. biasalah kan dh berkonvoi so mmg slow ler... nk memotong tk leh.. ikut ajer ler.. huhu

Sampai2 ajer si nadim dh dok sibuk nk pie team park.... blum masuk bilik lagi tu, dh merenggek2 nk pie mandi kolam katanya... seperti biasa dgn kuasa veto yg mama ada kan.. mama kata no way... masuk bilik dulu... lunch...lapar nie tau... hotel tk sediakan lunch pun, tp mmg mama dh ready bekalan dr KL pun... alah maggi goreng ajer plus dgn sambal sardin, ada roti gardenia.. boleh ler wat sandwish ker kannnn...

Lepas lunch nk ler basuh pinggan magkuk tu, skali bukak paip kt sinki tgk tk dak air, apa lagi mama marah ler, camner plak tk ada air nie, parah kalu nk membuang yg kecil dan besar nanti.... check dgn lobby, depa kata mmg ada gangguan bekalan air sbb paip pecah... so air akan ada dlm 5.30 or 630pm... so apa lagi mama ajak ler hero2 mama pie team park.... bergumbira dulu... suka bangat ler nadim...

oklahhh... nanti sambung lagi.... mama share gambar sket.... daaaaaa









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!