Friday, September 30, 2011

Yeay!! Esok cuti!!!

yeayyyyy... bestnya esok cuti... tkyah ler bgn awal2 sgt tuk bersiap pie keje..
esok ada kenduri kt apartment mama...
dengar citer nk bakar kambing... bestnya...
I LIKE!!!!

Lamb Meat

tentu best kalu ada black pepper sos.. fries and salad sket....then leh jadi lamb chop... cam kt bwh nie...

lamb chop blackpepper sauce

cam nie ker...

Grilled Lamb Chops with Sauce Herbs De Province

atau cam nie ker....panggang beb


hehehe.. tk sabar nk tggu esok malam.... heheheh

eppy weekend!!!

Eksklusif : Foto Majlis Berinai Nabil & Zira

Td kita dh tgk gambar pra perkahwianan nabil dan zira...
skang jom kita tgk foto sekitar majlis malam berinai plak...
cantik dan awesome...
huhu
 



Malam tadi berlangsungnya majlis malam berinai untuk pasangan mempelai Nabil & Zira di rumah pengantin perempuan, Taman Sri Andalas Klang, Selangor. Mereka akan diijabkabulkan sekitar pukul 4 petang hari ini di Masjid Besi, Putrajaya. Foto kredit kepada Shahril Fahmey Photograpyhy.

OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira
Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Credit to Oh Bulan

PELAMIN IMPIAN

Beri Sentuhan baru

Cantik sungguh pelamin skang nie... design semuanya terkini dan mmg cantik dipandang...
pelamin pun skang nie boleh buat ikut tema yg anda inginkan...
ada yg nk fairytales la, garden la, moden la, klasik la, timur tengah la, bollywood la, hollywood la...
mama dulu biasa2 ajer... tema tk ada ler... tp color theme tu mmg wajib ler...
mama semuanya nk color apple green... dari baju nikah, baju sanding, pelamin dan dekorasi hantaran pun color hijau.. hehehe.. teringat la plak momen tu... bestnya.. huhuh

jom kita tgk sentuhan terkini pelamin impian yg diangan2kan oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin... hehehhe




Kini, pelamin turut dijadikan pilihan untuk diletakkan di luar rumah ataupun di bawah kanopi. Pilihan ini antara yang terbaik supaya ruang rumah tidak terlalu sarat dengan tetamu dan dekorasi pelamin yang besar. Oleh itu, dekorasi pelamin di kanopi ini sesuai buat anda yang inginkan keselesaan. Selain itu, pelamin di kanopi ini juga sesuai buat anda yang inginkan konsep perkahwinan dalam taman.



Cita rasa dan keinginan yang tinggi untuk majlis perkahwinan menjadi perkara biasa untuk semua pengantin. Pengantin baru pastinya ingin bersanding di  pelamin impian yang indah. Selain itu, dekorasi keseluruhan dewan juga perlu diambil kira untuk menyerikan lagi suasana. Hiasan dari muka pintu hingga ke  pelamin menggunakan sumber bunga segar pasti memukau padangan tetamu yang bertandang.


Merencanakan perkahwinan impian dalam suasana yang cukup indah dan gilang gemilang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Perancangan dari  peringkat awal haruslah dititik beratkan agar dapat anda mengabadikan kenangan teristimewa dalam kamus kehidupan bersama yang tersayang. Seiring dengan perancangan konsep dan tema hiasan dewan sudah pasti menjadi agenda pertama yang perlu anda fikirkan selepas pemilihan busana.


Konsep klasik dan moden kembali menjengah bagi anda yang gemarkannya. Tatkala kedua-duanya bertemu, pastinya menghasilkan satu dekorasi yang cukup indah, sekali gus menampilkan satu ekspresi yang cukup mendamaikan. Gabungan rona emas, kuning, dan putih cukup jelas untuk menghasilkan dekorasi yang indah nan mewah.



Konsep yang dipilih memberi impak yang besar terhadap dekorasi keseluruhan dewan. Melihat pada hiasan dekorasi kali ini mengingatkan kembali kepada ilham  rekaan dari Timur Tengah. Bermula daripada dekorasi dewan sehinggalah kepada cenderahati buat tetamu, semuanya hasil ilham Timur Tengah yang islamik. Gabungan warna dan hiasan, pastinya buat anda yang mengimpikan dekorasi seperti ini.


Mengadakan majlis perkahwinan di kampung halaman tidak bermakna ia tidak dapat digayakan mengikut konsep tert entu. Sama ada anda mahukan yang  konsep mewah atau sederhana, andalah yang menentukannya. Menggunakan tema warna iaitu melalui mainan warna tert entu bagi menghiasi pelamin dan dekorasi majlis juga dilihat begitu menyerlah.


Hasil kreativiti menerusi dekorasi pelamin kali ini memperlihatkan keringkasan dan keunikan yang ingin ditonjolkan mempelai. Berkonsepkan perkahwinan daripada adat Jawa Keraton, sememangnya memperlihatkan sesuatu idea yang baru. Penggunaan warna-warna yang harmoni di samping hiasannya, membuatkan pelamin idaman memikat hati tetamu yang datang. Tidak kira apa jua konsep dan juga pilihan tema perkahwinan, sudah semestinya pilihan tersebut mempamerkan ciri-ciri ringkas namun kelihatan mewah.


Sesiapa yang melihat pelamin nikah ini pastinya terpaku dengan konsep yang ditampilkan. Hasil kreatif perekanya membuktikan kreativiti mampu diserlahkan dengan kelainan konsep tersendiri seperti pelamin nikah yang tampak ringkas berkonsep 3D ini. Penggunaan warna cerah dan gabungan bunga-bungaan di sudut pelamin turut memberi pilihan yang segar. Pemilihan bingkai cermin berwarna emas ala Inggeris klasik seperti berada di alam fantasi cerita kanak-kanak. Namun kelainan dititipkan apabila ada bunga segar yang keluar dari bingkai cermin klasik tersebut.


Sebagai sebuah majlis yang dianggap penuh makna, upacara akad nikah yang dahulunya sering diadakan di rumah atau masjid kini turut menerima perubahan dari segi lokasi ia dilangsungkan. Disebabkan ketinggian nilai majlis itu sendiri serta tuntutan gaya hidup yang lebih tinggi pada masa kini, dewan semakin menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin untuk merealisasikan majlis pernikahan mereka.

artikel dr Pesona Pengantin!

Eksklusif : Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Jom tgk gambar pra perkahwinan Nabil dan Zira....
Sggh padan dan sama cantik...:-)


Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira


Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

credit to OH BULAN

Thursday, September 29, 2011

HONEYMOON!!!

Bestnya kalu dpt bulan madu skali lagi... muhaaaaa
mama dulu honeymoon kt Tasik Raban, Lenggong ajer... lepas tu baru pie kuching sarawak...
teringin plak nk pie honeymoon skali lg... tkpun menghabiskan masa berdua bersama hubby tanpa anak2.... mesti syok kan.. hehehehhe

bagi bakal pengantin yg sdg mencari tmpt menarik tuk honeymoon boleh ler pie ke sini... tempat yg tenang dan damai ajer.. huhu

credit to Pesona Pengantin...

Destinasi indah, sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Langkah tersusun menuju ke destinasi bulan madu yang menjanjikan ketenangan dari kesibukan kota. Golden Palm Tree Resort & Spa pastinya tidak akan mengecewakan percutian bulan madu anda. Dari pandangan jauh sebelum menjejakkan kaki destinasi, hati terpegun dan membuak-buak ingin terus mendekati lokasi percutian ini. Jatuh cinta pandangan pertama hanya itu yang mampu diungkapkan setelah merasai sendiri keindahan di tempat percutian ini. Resort ini dibina terapung di atas permukaan air merupakan resort bertaraf lima bintang yang mempunyai hampir 400 jenis villa.

Di sini anda boleh menikmati aktiviti sukan air bersama orang tersayang. Rehatkan minda, cergaskan badan di pusat rekreasi dan hilangkan tekanan di SPA yang disediakan. Resort yang terletak lebih kurang 25 minit perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport pastinya menanti kehadiran pasangan bahagia menyematkan kenangan manis saat berbulan madu.

Anda tidak akan menoleh ke belakang lagi setelah menikmati sesuatu yang berbeza di lokasi ini. Suasana malam yang sungguh menenangkan. Kedengaran deruan ombak memukul pantai sambil menikmati hidangan yang disediakan. Anda boleh memilih cita rasa sendiri di Restoran Perahu, Stimbot, Bila Bila, Hai Sang Lou, Buloh Bar, Sepoi-sepoi Cafe dan Selat Bar. Memilih suasana romantik ketika makan malam atau menikmatinya sambil dihiburkan dengan persembahan yang tersedia.






SELAMAT BERHONEYMOON... MUHAAAA

Fesyen Terkini Untuk Nikah, Resepsi Dan Bertandang

Skang nie pelbagai fesyen bertudung tuk majlis bersejarah kita..
dulu masa zaman mama nk kawin, tk ada pun fesyen2 nie
nampak lebih angun dan bergaya..
jom tgk fesyen bertudung untuk majlis nikah, resepsi dan Bertandang...

credit to majalah Pesona Pengantin... huhu










cantik bangat modelnya nie.. huhuhu

WEDDING OF THE YEAR - MEMEY & NORMAN

Petikan dr OH BULAN

Perkahwinan Eksklusif 12 Juta, Memey Suhaiza & Norman Hakim!

Wedding Of The Year!  Itu yang mampu kami ucapkan apabila bermulanya majlis resepsi Memey Suhaiza & Norman Hakim yang ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan beberapa jenama besar yang lain. Bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel, majlis yang bertemakan New York  in Black & White ini telah diilhamkan dari “Nas of Nas Great Ideas”.

Pada majlis yang penuh meriah ini, OHBULAN! telah dijemput secara eksklusif bersama 200 orang media dan tetamu lain untuk menyaksikan kecantikan dan keanggunan Memey Suhaiza & Norman Hakim ketika memakai persalinan “Rafflesia Pearl Gown“  dan gaun pengantin rekaan Vera Wang dibeli khas dari Hong Kong.

Kasut Memey Suhaiza juga ditaja oleh pereka kasut terkenal di dunia, Jimmy Choo yang berwarganegara Malaysia. Disamping itu, Memey turut dihiasi dengan rantai Rafflesia White South Sea Pearls dan Rafflesia Golden South Sea Pearls.

Tampil bergaya dan kacak, pengantin lelaki iaitu Norman Hakim pula ditaja sepenuhnya oleh Cosmopolitan dan Bohemian suit dari Lords Tailor.

Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh beberapa orang penyanyi terkenal yang terdiri daripada, Fauziah Latiff, Azhar Osman (Bintang Idola Berita Harian), Amanda Amani, Nubhan dan Deja Moss. Disamping itu, kumpulan choir Rteez.De Chorale Choir yang dibawa oleh konduktor Khairy Leman turut mempersembahkan nyanyian yang penuh emosi dan mampu menyentuh hati tetamu dan pasangan pengantin.

Kehadiran Profesor Dato’ (Dr) Jimmy Choo OBE. sebagai penaja utama shoe couture turut menyerikan lagi majlis yang sudah sedia meriah ini. Lebih meriah apabila Memey telah diapit oleh Miera Liyana, Julia Ziegler, Fathia dan Eina manakala Norman pula diapit oleh Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi (Pelakon Indonesia), dan Samuel Rizal (Pelakon Indonesia).Kesemua mereka telah ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia.

Kesemua persalinan Memey & Norman, pengapit lelaki dan perempuan, kek perkahwinan, barang kemas dan kasut akan dipamerkan di Muzium Negara pada 26 November ini sehingga 31 December 2011.

Yang pasti, konsep majlis resepsi yang bertemakan New York  in Black & White benar-benar memukau kami dan tetamu yang dijemput. Saksikan gambar sekitar majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim selepas ini yang diambil oleh kumpulan fotografer rasmi, Annas Easkey! Yeahh!

Memey Suhaiza dan Norman Hakim



 Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Hari Ini Hari Khamis

Salam....
Apa khabar? harap semuanya sihat2 ler hendaknya....
tk ada entry menarik utk dipaparkan
sekadar sapaan di pagi hari...

GOOD MORNING MALAYSIA..

muahhhhhhhhhhhhhhhhh

Wednesday, September 28, 2011

GIGI KEMBALI PUTIH

Ingatkan tk ada apa nk post ari nie...
tp bila duk baca paper online sementara tggu my hubby sampai..
ada yg menarik ingin mama kongsikan bersama...

dulu masa anak dara, mama rajin benar jg gigi mama nie
every 6 month mesti pie jumpa doktor gigi tuk cuci gigi la, tampal mana3 yg berlubang la
ada skali tu mama wat pemutihan gigi...
skali ajer le wat.. sbb mahal kan
so selang 3 bulan slps wat tu.. gigi mama dh tk seputih cam mula2 wat pwmutihan tu...

skang nie... gigi tk ler kuning dan tak ler putih pun
just nice jer ler... yg penting bila kita senyum
senyuman masih lg manis seperti dulu
muhaaaa

so kalu ada sesaper nk putihkan gigi.. baik baca artikel nie..
ada kelebihannya tau... mama pun cam nk wat ajer... huhu


Skala warna gigi. Rawatan pemutihan gigi biasanya mampu mencapai sehingga lima atau enam bayangan kecerahan.


EEE, gigi kuning.” Pasti ayat itu pernah terlintas di fikiran kita tatkala melihat individu dengan sebaris gigi berwarna kekuningan. Atau mungkin kita sendiri mengalaminya dan merasa sangat tidak selesa.

Mempunyai sebaris gigi yang putih memang menjadi idaman sesiapa saja, namun bagaimana untuk mendapatkannya?

Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan iHeal Kuala Lumpur, Dr. Nazli Haffiz berkata, rata-rata masyarakat negara ini terutama yang berbangsa Melayu dan Cina mempunyai gigi yang sedikit kekuningan.

Namun seandainya warnanya terlalu ketara kuning dan ditambah dengan sedikit warna seakan lebam, ia pasti membuatkan pemiliknya berasa tidak selesa serta kurang berkeyakinan.

Menurut beliau, masalah gigi kuning berpunca daripada beberapa sebab.

“Punca utama adalah faktor usia dan pengambilan makanan yang menyebabkan terhasil kekotoran pada gigi seperti kopi, teh dan minuman kola. Selain itu, tabiat merokok juga menyebabkan gigi mengumpul kekotoran dan berubah warna,” kata beliau.

Jelas beliau, ketika proses pembentukan gigi kekal, pengambilan sesetengah antibiotik atau florida yang berlebihan juga menyebabkan gigi berubah warna.

Rawatan pemutihan gigi
Dr. Nazli berkata, rawatan pemutihan gigi adalah satu prosedur kosmetik pergigian bagi mengembalikan warna asal gigi secara selamat.

Sesiapa saja boleh melakukan rawatan pemutihan gigi, namun begitu, mereka perlu melalui satu ujian terlebih dahulu.

Mereka yang mengalami sensitiviti, gigi berlubang dan sebagainya perlu melakukan rawatan bagi menangani masalah tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan program pemutihan gigi.

Menurutnya, prosedur tersebut menggunakan asid cair dengan kepekatan sekitar 22 hingga 27 peratus bagi menghilangkan kesan kotoran pada gigi.

“Pengguna boleh memilih dua cara iaitu membeli kit rawatan dan melakukan sendiri di rumah atau menggunakan khidmat pakar bagi sepanjang rawatan di klinik gigi,” katanya.

Menurutnya, rawatan yang dijalankan oleh pakar lebih terbukti keberkesanannya kerana ia dilakukan dengan betul mengikut prosedur khusus.

Jelasnya, keputusan yang akan dicapai tidaklah terlalu menakjubkan dan biasanya gigi akan menjadi lebih cerah sehingga lima atau enam bayangan pada skala warna gigi.

Menurutnya, warna putih yang biasa kita lihat pada gigi selebriti bukan disebabkan rawatan pemutihan tetapi veneers iaitu menggunakan satu lapisan seperti topeng yang membalut dan memperbaiki struktur luar gigi.

Berbeza dengan rawatan pemutihan gigi biasa, proses ini hanya mengembalikan warna asal gigi. Mungkin ada yang beranggapan prosedur ini berbahaya dan boleh menyebabkan lapisan luar gigi menipis.

Bagaimanapun kata Dr. Nazli, perkara itu tidak benar kerana ia hanya menghakis kekotoran yang melekap pada permukaan gigi kerana asid yang digunakan cair.

Risiko
Ditanya mengenai risiko ketika rawatan dijalankan kata beliau ia sangat rendah seperti rasa pedih dan tidak selesa pada bahagian gusi jika seseorang itu mengalami masalah gigi sensitif.

“Ini disebabkan cecair pemutih terkena pada bahagian yang sensitif. Namun rasa itu biasanya tidak lama. Bahagian gusi juga ditutup sepanjang rawatan dijalankan,” kata beliau.

Menurutnya, keputusan prosedur adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada warna asal gigi mereka.

Rawatan pemutihan gigi juga katanya, tidak sesuai untuk mereka yang berusia 16 tahun ke bawah serta wanita yang mengandung atau menyusukan bayi mereka.

Prosedur hanya mengambil masa sekitar 45 minit dan ia sesuai buat mereka yang ingin mengubah penampilan untuk sesuatu acara.

Dr. Nazli berkata, disebabkan pemutihan gigi menggunakan asid maka ia hanya dicadangkan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun.

dipetik dari Utusan Malaysia online

Wordless!!!

nothing much to say...
just smile and smile
:-) :-) :-)
hope u all
have a nice and lovely day
muahhhhh......

Tuesday, September 27, 2011

Dato’ Siti Nurhaliza Lancarkan Album Inggeris Pertama, “All Your Love”.


Akhirnya.. setelah 16 tahun di dalam dunia hiburan, Dato’ Siti Nurhaliza, 32 tahun, telah berkahwin bersama Dato’ Khalid dan buat pertama kalinya dalam sejarah telah melancarkan sebuah album yang mengandungi 10 buah lagu Inggeris yg bertajuk All Your Love.  Album yang diterbitkan dibawah label What’s Up Entertainment adalah milik Adib Khalid iaitu anak kpd Dato' Khalid dan turut bekerjasama dengan produser dari Australia iaitu Bryan B.
  
Pasti semua sudah dgr single inggeris pertama beliau yg sering diputarkan diradio iaitu Falling in Love kan... muzik yg agak rancak dan lirik amat mempersonakan. Perlancaran album diadakan di Starhill. Beliau berkata “Tajuk album “All Your Love” ini didedikasikan untuk semua peminat, kawan, keluarga dan semua orang yang telah menyokong saya selama ini. Sebabkan itu, saya mahu menunjukkan pada anda  semua yang anda boleh berbangga dengan album inggeris pertama saya yang akan bersaing di peringkat antarabangsa.”

Pengasas What’s Up Entertainment, Adib Khalid yang juga anak kepada Dato’ Khalid turut berkata,

“Saya percaya ini adalah perkara yang biasa bagi Dato’ Siti Nurhaliza untuk maju selangkah lagi dalam fasa kerjayanya, dan fasa ini akan berjaya dengan penghasilan album inggeris pertamanya.

Kepada semua peminat-peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza dan juga yang baru mengenali beliau, anda boleh mendapatkan CD album “All Your Love” ini sekarang. Kami pasti anda akan terpikat dengan rentak dan aura baru yang ditampilkan dalam album ini. Cepat, RM29.90 sahaja di pasaran! Sokong industri muzik  tanahair, elakkan cetak rompak!

Jom tgk gmbr sekitar majlis perlancaran tersebut.Serba merah tau... huhu Credit to OH Bulan


 siti nurhaliza all your love
 siti nurhaliza all your love
siti nurhaliza all your love


 siti nurhaliza all your love

siti nurhaliza all your love

siti nurhaliza all your love

siti nurhaliza all your love

siti nurhaliza all your love

Nk dgr lagu single Falling In Love tak? Nie liriknya...

Once in a lifetime…
and your sweep took off your feet
and everything I’ve touched dissolve itself before my eyes

you’re taking me higher when I hear you speak to me
this is so familiar but I’m caught up in this fantasy,

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

you’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Untuk dengar lagu ni boleh klik ke sini: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!